OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Majlis Rumah
Terbuka Perayaan Deepavali yang disambut oleh masyarakat India yang beragama
Hindu di negara ini samalah juga perayaan-perayaan
lainnya seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Natal, Tahun Batu Cina dan Pesta
Kaamatan yang disambut oleh bangsa-bangsa lain daripada pelbagai anutan agama.
Kehadiran para tetamu yang
mengunjungi satu-satu perayaan itu
khususnya perayaan Deepavali ini adalah membuka ruang kepada semua masyarakat
majmuk untuk berkenal-kenalan antara
satu sama lain, apalah kedudukan negara ini terdapat bermacam-macam suku bangsa
yang berlainan agama, kebudayaan dan anutan agama yang berbeza-beza.
Begitulah penjelasan ringkas
Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong ketika berkunjung rumh
terbuka perayaan Deepavali anjuran MIC
Sandakan bersama rombongannya yang diadakan di Kelab Indah Jaya pagi tadi.
Katanya melalui program
sebegini yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysa menganjur rumah-rumah terbuka menjurus mewujudkan semangat bersatupadu dalam memupuk keharmonian dan tolenrasi sesaMA insan.
No comments:
Post a Comment