OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Timbalan Pengerusi DAP Sandakan yang
juga mantan calon PRU13 Tanjung Papat Frankie Poon bersama Pegawai Khas
Parlimen Sandakan Amsi Liew dan rombongan daripada Pakatan ia itu PKR Sandakan
telah mengedarkan Surat Khabar DAP kepada penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim
dekat sini kelmarin.
Menurut Poon tujuan DAP mengedar surat khabar
terbitan parti itu adalah untuk mendedahkan kepada rakyat jelata mengenai gambaran sebenar
perjuangan parti DAP di negara ini.
“Apabila mereka menbaca berita-berita tersebut
mereka sudah tentu tahu bahawa perjuangan parti DAP di negara ini bukan tentumpu
kepada satu kaum saja seperti yang dIdakwa oleh pihak parti lawan sebenarnya
perjangan DAP adalah untuk membela nasib rakyat yang berbilangan kaum termasuk
kaum Cina, India dan Melayu”Ujar Frankie.
Frankie mengucapkan terima kasih kepada
penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim semasa beliau dan rombongan itu mengedarkan
surat khabat tersebut nampaknya mendapat sambutan baik di kalangan penduduk
setempat.
No comments:
Post a Comment