OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SUNGEI
SIBUGA:- Seramai 68 murid
tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sungei Kayu yang telah mengikut peperiksaan
akhir UPSR dua daripadanya telah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam kesemua subjek
Murid yang dimaksudkan itu
yang mendapat 5A ialah Ridzman
Fihim Wali dan Noor Azreen Rosli dan
lima orang murid lagi lainnya masing-masing mendapat 4A.
Mereka yang mendapat 5A telah menerima hadiah berupa wang tunai yang disumbangkan oleh pihak sekolah
berkenaan sebanyak RM120.00. manakalah mereka yang mendapat 4A juga
menerima hadiah wang tunai sebanyak RM80.00
Terdahulu dalam ucapan
alu-aluan Guru Besar Janimah Jaman
antara lain menjelaskan mengucapkan tahniah dan syabas kepada dua orang murid
yang mendapat keputusan 5A dan mendapat 4A kerana atas daya usaha gigih
mereka yang tekun belajar akhirnya membawa satu kejayaan boleh dibanggakan
bukan saja melibatkan para ibubapa
malahan kepada tenaga pengajar
khususnya guru-guru mereka kegembiraan itu turut dikongsi bersama.
“Saya berharap mereka yang
akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun depan nanti sentiasa mengekalkan tabiat rajin dan tekun belajar agar kamu nanti mendapat keputusan yang
cemerlang ditahun-tahun berikutnya” ujarnya.
Kewujudan Sekolah Kebangsaan
Sungei Kayu yang dibuka 28 Julai ini setelah pindah daripada bangunan lama ianya mempunyai murid seramai
438 dan 29 guru 4 orang kerani.
No comments:
Post a Comment