OLEH: ROBERT LEE YUN KEONG
Gambar
Kelihatan……..Linda (tengah) bersama pemimipin kampung semasa merasmikan jeti
baharu di Kampung Bambangan
BATU
SAPI:- Penduduk di Kampung Bambangan
yang kebanyakannya nelayan telah mendapat satu jeti baharu untuk membolehkan
mereka menjalankan aktiviti harian dengan lebih selamat dan selesai.
Jeti nelayan
lama yang usang dan roboh telah diganti dengan pembinaan satu jeti yang baharu
dari peruntukan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.
Kemudahan
yang baharu siap dibina itu telah dirasmikan oleh Linda sendiri ketika
mengadakan lawatan ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 30 KM perjalanan darat melalui Seguntor dari Bandar
Sandakan.
Terdapat
lebih dari 70 buah rumah di perkampungan
berkenaan dimana majority daripada penduduk bergantung kepada tangkapan hasil
laut untuk kehidupan harian mereka.
Menurut
Linda, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil berat dan mencari
penyelesaian untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat.
Beliau
berharap pembinaan jeti nelayan baharu untuk menggantikan struktur yang lama
itu akan membolehkan para penduduk menjalankan rutin harian mereka dengan
selamat dan selesai.
Turut
hadir dalam rombongan Linda ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli
Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.
No comments:
Post a Comment