SEBAGAI TRANSSHIPMENT HUB RMK 11 DAP SABAH GESA KERAJAAN NAIKTARAF PELABUHAN SEPANGGAR... WONG




OLEH: SHAIMON S JUMADI



KUALA LUMPUR:- Ahli Parlimen   Sandakan Stephen Wong  menggesa Kerajaan persekutuan  menyeimbangkan harga barangan di Sabah dan Semenenanjung demi mempercepatkan pembangunan Sabah sekaligus berlaku adil dan mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat Sabah selama ini.

”Saya melihat, walaupun Kerajaan persekutuan mengambil inisiatif untuk menyeragamkan harga barangan di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM1.25 billion dari tahun 2012 hingga 2015. Jelas apa yang diperhatikan, tidak wujud apa-apa perubahan dan ia membuktikan bahawa inisiatif penyeragaman harga barangan oleh kerajaan gagal mencapai matlamatnya” Kata Wong.


Wong berkata di Sabah, harga barangan lebih tinggi sebanyak 30 peratus dari Semenanjung Malaysia manakala pendapatan purata kita adalah lebih rendah sebanyak 30 peratus dari Semenanjung. Ia adalah sangat tidak adil ditambah  dengan perlaksanaan GST. Rakyat Sabah terpaksa bayar lebih walaupun pendapatan yang rendah.

“Dalam perkara yang sama kerajaan harus mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Sabah kerana ekonomi Sabah kurang berdaya saing dan gagal untuk mempelbagaikan sektor ekonomi dan mempertingkatkan tahap industri Katanya kepada media sejurus selepas menghadiri sesi soal jawab pada ucapan perbahasan keatas Usul Rancangan Malaysia ke 11 dipersidangan Parlimen kelmarin.


Menurut statistik anggaran kerajaan negeri, sektor secondary iaitu sektor pembinaan, pengindustrian dan pembuatan hanya menyumbangan kepada KDNK sebanyak 10 peratus sahaja berbanding Selangor yang memiliki sekitar 50 peratus. Malahan, Sarawak pula mencatatkan sebanyak 30 peratus. Ia bermaksud, dengan pencapaian ekonomi yang tidak mapan, ia tidak akan dapat membantu golongan pekerja dan rakyat Sabah menambah pendapatan sekaligus membawa kemajuan kepada Sabah.

Tanpa sektor perindustrian yang berjaya, aktiviti ekonomi hanya akan bertumpu kepada golongan yang tertentu sahaja walaupun Sabah mempunyai kekayaan sumber asli, seperti sektor oil and gas, sektor kelapa sawit dan sektor pelancongan pada masa yang sama ia mampu menghasilkan peluang pekerjaan yang mencukupi.

Wong  yang juga merupakan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sabah antara lain berkata Walaupun kerajaan negeri menentukan sasaran perindustrian melalui Pelan Pembangunan Koridor Sabah tetapi prestasinya amat mengecewakan dan boleh dikatakan gagal.

Selain itu, polisi kabotaj yang dilaksanakan lebih 30 tahun merupakan antara punca penyumbang kepada kenaikan harga barangan dan terus memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ia juga dilihat sebagai melindungi syarikat-syarikat perkapalan yang bersifat monopoli yang mana menjadi punca ekonomi Sabah tidak berdaya saing.

“Saya berasa hairan, walaupun lokasi Sabah lebih strategik yang dekat dengan negara perdagangan besar seperti China, Korea Selatan atau Japan berbanding negeri lain, tetapi jelasnya polisi kabotaj ini yang mengehadkan potensi negeri kita dan menjadikan prestasi pelabuhan kita amat mengecewakan” Katanya lagi

Dalam rancangan Malaysia kesebelas ini,  Kata Wong kerajaan telah mensasarkan meningkatkan prestasi Port Klang tetapi masalah yang dihadapi oleh pelabuhan di Sabah masih tidak diberi keutamaan. Dengan hadapi begitu banyak masalah perdagangan kita, pengindustrian kita yang gagal, dan juga pelabuhan kita yang tidak berdaya saing.

Tegas Wong setelah kerajaan telah menafikan bahawa polisi kabotaj bukan factor yang utama menyebabkan harga barangan Sabah yang lebih tinggi dan kurang berdaya saing di pelabuhan kita, dan kerajaan menerima cadangan untuk menaiktaraf Pelabuhan Sepanggar sebagai “Far East Hub” dan “Transshipment hub”, tetapi kesemua ini langsung tidak disebut dan disentuh dalam rancangan Malaysia ini. Adakah ini sekali lagi membuktikan kerajaan menipu rakyat Sabah dan main wayang kulit yang tidak akan ditunaikan.

Jelas Wong lagi Sudah 30 tahun kerajaan melaksanakan polisi kabotaj ini dan ia telah melindungi syarikat-syarikat perkapalan yang bersifat monopoli telah mengakibatkan industry kita tidak berdaya saing kerana harga perkapalan itu adalah tinggi.

“Pada saya, mahupun kerajaan mansuhkan polisi kabotaj ini dan membenarkan full liberalization pengangkutan laut di Sabah, atau mengikut cadangan itu menaiktaraf pelabuhan Sepanggar kita sebagai Transshipment hub yang boleh meningkatkan daya saing pelabuhan kita dengan serta merta.


“Saya harap cadangan ini boleh dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ini supaya masalah secara lebih struktur pada Sabah boleh diselesaikan.” Ujar Wong lagi.

No comments:

Post a Comment