OLEH:
SAIMON S JUMADI
FOTO
APEK ANSUKOI
SANDAKAN:- Sebidang tanah
seluas 3 ekar bergeran statuskan CL 075413919
Lot kawasan 0800 (share) yang terletak di Batu 19 Jalan Labuk telah menimbulkan kontraversi antara pemilik asal.
Menurut tuan punya tanah sebenar iaitu Salina
Binti Titi tanah seluas 3 ekar itu adalah meninggalan arwah ayahnya Titi bin
Barahim sejak tahun 1999 memang
mempunyai rumah pekerja yang
disediakan oleh majikan.
Katanya lagi setelah kes pembicaraan itu di Mahkamah
Tinggi Kota Kinabalu selesai dan pihak mahkamah telah memutuskan bahawa tanah
seluas tiga ekar yang bergeran CL: 075413919 Kawasan Lot 0800 adalah milik sah Salina Binti Titi lantaran itu Salinan
bertindak mengeluarkan notis kepada salah seorang penduduk diatas tanah itu
yang dikenali Rahril bin Mohd Amin berbangsa Bugis yang mempunyai Mykad nombor 740712-12-5031
yang diragui.
“Setelah saya gagal untuk mengusir Rahril keluar dari tanah ini saya telah berjumpa
dengan seorang pegawai Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Jabatan Tanah dan
Ukur Sandakan iaitu Hamdan Hamid untuk meminta bantuan agar PPHT campurtangan
untuk mengusir Rahril supaya mengosongkan kawasan Tanah tersebut.
“Tapi
apa jawapan Hamdan Hamid katanya saya tidak boleh mengusir Rahril untuk keluar
daripada kawasan tanah saya nanti kamu boleh disaman dan dakwa oleh Rahril
sebab tanah ini sudah pohonnya sah jadi tanah itu adalah kepunyaan Rahril” jelas Salina.
‘Sekali saya menumui Rahril apa katanya
apa-apapun mengenai tanah yang diduduki ini biar kamu sendiri yang berurusan
dengan Hamdan Hamid katanya tanah reserve ini saya sudah pohon menggunakan
geran TOL” katanya
Menurut Hamdan kalau Salina berniat untuk
mengusir Rahril keluar dari kawasan tanahnya Salina kena berdepan berurusan dengan pihak Jabatan Kerja Raya
sebab tanah yang diduduki sekarang adalah di kawasan persempadanan antara tanah
reserve JKR dan tanah Salina.
Yang menjadi tandatanya kenapa orang
yang mempunyai kad pengenalan yang diragui telah dibenarkan memohon tanah reserve
kerajaan milik JKR mendirikan rumah dan bergeran TOL lyang diluluskan oleh pihak Pejabat Pemungut Hasil Tanah apa keistimewaan orang itu boleh
diluluskan permohonannya.
“Saya sebagai pemilik sah tanah ini meminta
pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya camportangan mengenai
kes tanah ini kemunkinan Hamdan Hamid PPHT sudah menerima wang sogokan daripada
Rahril Mohd Amin untuk mendapatkan
lot itu sebab Hamdan bermati-matian dia membela kepada Rahril bangsa (Bugis).
“Malahan Hamdan Hamid PPHT menakut nakutkan
saya “kalau kamu usir Rahril Mohd Amin nanti kamu didakwa di mahkamah” ini
sudah jelas Hamdan Hamid sudah menerima rasuah kenapa Hamdan bersia-sia sangat
mempertahanan Rahril.” Jelas Salina.
No comments:
Post a Comment