BAS EXPRESS BERTEMBUNG DENGAN PACUAN 4 RODA DI KAMPUNG JERACO LAHAD DATU 2 MAUT 3 CEDERA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

MALANG TIDAK BERBAU....Bas Express bertembung dengan Pacuan 4 roda di Jalan Kampung Jeraco Lahad Datu 2 maut dan 3 lagi cedera




LAHAD   DATU:- Satu kemalangan berlaku di Jalan Kampung Jeraco Lahad Datu yang membabitkan sebuah Bas Express  dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau telah bertembung dengan sebuah kereta pacuan 4 roda pada jam 2.40 pagi tadi dan telah mengorbankan 2 orang penumpang 3 lagi yang lainnya cedera.

Menurut  beberapa saksi yang  juga penumpang  memang bas itu dipandu dengan laju semasa  dalam perjalanan dari Kota Kinabalu lagi.

“Kami  sudah jangkakan awal-awal lagi  kalau memandu bas tidak berhemah  seperti pemandu bas ini pastinya berlaku kemalangan memang tepat sekali jangkaan kami itu” katanya.

Memang tidak nafikan ada segelintir pemandu bas Express memandu terlalu laju tanpa memikirkan keselamatan penumpang macam pelisit yang kedua mungkin disebabkan terlalu mengantuk dan ketiga mungkin pemandu dalam keadaan mabuk inilah faktor-faktor punca  kemalangan kerap berlaku.

“Saya bagi pihak editorial  The Sabah Insider.net  mengucapkan tahziah kepada keluarga yang telah kehilangan orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya semoga roh=roh mereka dicucuri rahmat dan tiga orang yang cedera didoakan semoga mereka cepat sembuh.Amin





No comments:

Post a Comment