OLEH: ROBERT LEE
SANDAKAN : Persatuan Media Sandakan Sabah (Pemassa) pada Isnin melakukan
lawatan amal ke Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan yang
terletak di Kompleks Wargatua Sri Harapan, di Batu 5, Jalan Bunga Sibuga,
disini.
Lawatan berkenaan diketuai Timbalan Pengerusi Pemassa, James Leong dan
ahli-ahli jawatankuasa yang lain.
Lawatan berkenaan disambut oleh Penyelia Persatuan Rumah Amal Sabah
(Sabah Chesire Home) Sandakan, Cecelia Kimin, ahli jawatankuasa persatuan
berkenaan di Sandakan, Chock Siew Choi dan Dora Chiu serta penghuni rumah
berkenaan.
Pada lawatan itu, Cecelia menerangkan mengenai sejarah dan perkembangan
terkini mengenai aktiviti yang dijalanakan di dalam kawasan Persatuan Rumah
Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan itu.
Antaranya, ‘The Treasure Shop’ dimana barang-barang terpakai yang
disumbangkan orang ramai dijual di kedai berkenaan dan ada juga yang dijual di
Pasar Malam Kim Fung bagi kegunaan penghuni dan aktiviti dirumah itu.
‘The Treasure Shop’ ilham Irwana Mahsan dan dijalankan bersama sukarela
yang juga membuka peluang pekerjaan kepada golongan istimewa, member peluang
sama rata kepada golongan istimewa menimba kehidupan berdikari, meningkatkan
kesedaran mengenai isu golongan istimewa dan kurang upaya serta menjana
pendapatan dari rumah.
Kedai itu yang terletak di dalam kawasan rumah amal berkenaan dibuka
bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap Sabtu, Rabu dan Khamis.
Manakala setiap Sabtu malam, ia akan dibuka di Pasar Malam Kim Fung.
Sementara itu, Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan juga turut
menempatkan Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak Autisme. Ketika ini, ia mempunyai 8
murid yang dilatih dan diberi pengajaran dan pembelajaran oleh mereka yang
terlatih.
Sementara itu, Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan, juga
turut mempunyai Skim Penghuni Angkat. Ia dibuka kepada individu, keluarga,
syarikat atau mana-mana pihak yang mahu membantu penghuni dan boleh mengambil
beberapa penghuni angkat bagi membantu mereka.
Mereka yang mempunyai pertanyaan berkenaan Rumah Amal Sabah (Sabah
Chesire Home) Sandakan mahupun kedai ‘The Treasure Shop’, Pusat Jagaan
Kanak-Kanak Autisme, Skim Pengambilan Anak Angkat Rumah Amal Sabah (Sabah
Chesire Home) Sandakan, boleh menghubungi talian 089-227716.
Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) telah didaftarkan secara
rasminya pada 16 July 1974 dan rumah pertamanya terletak di Kota Kinabalu dan
dibuka secara rasmi pada 29 Julai 1983 dan kemudiannya rumah amal kedua dibuka
di Sandakan pada 8 April 2000.
Pada bulan ini, ia merupakan ulangtahun ke-40 Persatuan Rumah Amal Sabah
(Sabah Chesire Home) Kota Kinabalu yang terletak di Jalan Vokasional, Off Jalan
Tuaran, Likas, manakala rumah di Sandakan, tahun ini, ia menyambut ulangtahun
yang ke-14 tahun.
Program interversi awalnya diperkenal pada tahun 2206 dan program
memperkasa ekonomi diwujudkan pada tahun 2008 dengan mengambil pelatih kurang
upaya untuk dilatih dalam kemahiran pastri.
Sebagai sebuah badan persendirian yang berdaftar, badan kebajikan dan
bukan berasaskan keuntungan, persatuan itu menyediakan jagaan, tempat tinggal
dan latihan dalam usaha memperkasa golongan istimewa dari pelbagai kaum, agama
dan budaya.
Di Kota Kinabalu, program itu turut dilaksanakan dengan kerjasama ATI
dengan tempoh latihan 6 bulan dengan latihan industri 3 bulan.
Ketika ini, Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan,
mempunyai penghuni dari pelbagai kaum dan agama yang juga golongan istimewa
seramai 20 orang masing-masing 10 lelaki dan 10 wanita berusia lingkungan 30-63
tahun yang berasal dari sekitar Pantai Timur Sabah.
Sementara itu, James Leong, merakam penghargaan kepada Perkhidmatan
T&T dan Bernas serta semua yang menjayakan lawatan amal Pemassa ke Rumah
Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan.
Pada lawatan Pemassa itu, turut disampaikan bungkusan hamper sumbangan
Perkhidmatan T&T dan beras sumbangan dari Padi Beras Nasional (Bernas).
Lawatan amal Pemassa itu merupakan antara aktiviti Pemassa yang
dilaksanakan sepanjang tahun ini.
TERIMA KASIH.........James Leong (kanan) menyampaikan beras dan bungkusan hamper kepada Chock Siew Choi (kiri) mewakili Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Chesire Home) Sandakan sambil disaksikan Cecelia dan Dora Chiu serta antara penghuni rumah dan ahli-ahli Pemassa yang hadir.
No comments:
Post a Comment