OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI
KARAMUNTING:-
Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB)
Flat Karamunting dan Rukun Tetangga Zon Flat Karamunting petang tadi telah
mengadakan Kempen Kutu Sampah.
Pengerusi
JKDB Flat Karamunting Puan Haidah Nasrin
yang mengetuai kempen tersebut
bersama-sama AJK JKBD dan AJK Rukun Tetangga
bagi menerangkan kepada penduduk-penduduk mengenai penjagaan kebersihan
disekeliling kawasan flat berkenaan perlu ditingkatan
Selain
mengadakan kempen kutu sampah Haidah sempat menemui para penjaja dan menjelaskan pihaknya
akan mengstruktur (menyusun) semula
mengenai kedudukan gerai-gerai
yang kini tidak taratur.
“Kita
akan susun semula kedudukan gerai mengikut urutan yang betul supaya kelihatan lebih kemas dan tersusun rapi kalau gerai ikan, ikan saja, gerai sayur dan
gerai buah-buahan disatukan gerai menjual makanan minuman disatukan dan gerai menjual pakaian rombengan”
kata Haidah kepada Wartawan Kanan The Sabah Insider.net sejurus selepas
lawatannya kegerai berkenaan.
Katanya
lagi kedudukan gerai ikan yang ada sekarang memang tidak sesuai kita telah mengambil kira dari aspek sudut keselamatan tidak terjamin kerana keberadaan
gerai tersebut kini berada di tepi jalan raya dan akan membahayakan para pelanggan yang hendak
membeli ikan
“Saya
berterima kasih kepada semua penjaja
berkenaan kerana menyambut baik cadangan untuk memindahkan gerai-gerai mereka ketempat
yang lebih selesa dan lebih selamat
darpada gangguan para kenderaan yang lalu lalang disitu” ujarnya.
No comments:
Post a Comment