OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Kegagalan
pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membuat pemantauan terhadap para
penjaja asing yang berjaja secara haram di Terminal Bas telah dipertikaikan
oleh masyarakat setempat.
Kita tidak tahu sama ada mereka diberikan lesen penjaja
ataupun dikenakan bayaran oleh pihak MPS terhadap para penjaja asing yang kian
hari kian bertambah bilang penjaja di terminal itu.
Pada mulanya mereka menjual
buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja
kini muncul lagi penjaja haram telah menjual ikan.
Sebenarnya pihak MPS tidak
berlaku adil kalau orang tempatan menjual dikawasan larangan sudah semestinya
barang-barang niaga mereka dirampas dan dikenakan kompauan tetapi kalau PATI
menjual di mana-mana saja tempat mereka enggan diambil tindakan sehingga fenomena ini menjadi isu hangat
dikalangan penduduk tempat.
Kalau tempat itu jadi
kawasan larangan sepatutnya pihak MPS membuat papan tanda amaran letakkan
diterminal berkenan nyatakan “Amaran
Sesiapa Sahaja Tidak Boleh Berniaga Di Tempat Ini Mereka Akan Di Denda” apabila
mereka terlihat adanya papan tanda amaran itu sudah semestinya mereka tidak
berani berniaga ini saja jalan terbaik.
PERINGATAN: The Sabah Insider.net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
ReplyDelete