Oleh
Mustaffah Mohd Hassan
LIBARAN: Seramai
30 komuniti Kurang upaya
penglihatan dari pusat Penyayang Taman Cahaya yang memilih bidang Urutan Kaki
dan Urutan Badan diwajibkan menyikuti
kurus pengiktirafan sijil kemahiran Malaysia.
Demikian
kenyataan media yang dibuat oleh Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Sandakan,Encik
Awang Ismail kepada akhbar ini kelmarin ketika menyambaikan bantuan jabatan itu
kepada golongan berkenaan yang diadakan di Pusat latihan Taman Cahaya pekan
Muhibbah Sungai Manila.
Katanya,
kursus itu penting sebagai mengiktiraf kemahiran sedia ada bagi membolehkan
komuniti Kurang Upayah penglihatan yang memilih bidang Urutan Kaki dan Urutan
Badan sebagai kerjaya boleh diterima berkerja atau membuka pusat urutan
sendiri.
“kemahirn
yang diiktiraf itu sangat penting sebagai prasyarat Jabatan Tenaga Kerja
membantu mereka dalam membina transfortmasi komuniti ini agar lebih berjaya
dalam kehidupan mereka “Katanya
Katanya,
kursus ini diljalankan selama 6 bulan dengan dua fasa iaitu teori dan pratikal
melalui penyelengaraan Vendor yang dilantik oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan
bagi bahagian Sandakan vendor dilantik
ialah Mysara Academy ,Syarikah Mysara Enterperise
milik penuh Bumiputera yang bertempat di Bandar IJM batu 5 Jalan Labuk
Sandakan.
Dalam pada
itu konsultan dan Vendor program tersebut Puan Sarah Asor berkata, peserta
kursus kemahiran yang terlibat diberikan bimbingan dengan 4 fasa iaitu kemahiran
mengurut, bimbingan pengurusan kewangan, Motivasi, Perlesenan.
Katanya,
bagi program latihan Pengurusan kewangan dan Pelesenan peserta akan dibimbing
di kelas Akaedmik Mysara sementara latihan kemahiran diadakan di lokasi di mana peserta beroperasi
.
“Mysara
Academy telah melantik tenaga pengajar
kalangan orang kurang upaya penglihatan itu sendiri yang telah pun
mempunyai kemahiran tinggi dan memilik sijik kemahiran Malaysia di bidang
berkenaan kerana ianya lebih tepat dan senang difahami oleh peserta “katanya
Menurut
Beliau, kesemua kos kursus jangka pendek eman bulan ini ditaanggung sepenuhnya oleh kerajaan
melalui Jabatan Tenaga Kerja Malaysia
sebelum sijil dikeluarkan pada awal penghujung tahun ini.
Selepas
tamat ,peserta pula akan dibantu membina perniagaan mereka dalam satu
syarikat berkumpulan yang akan
turu menerima bantuan peralatan mengurut Kaki dan Urut badan dari Jabatan
Tenaga Kerja .
“ Di pihak
Mysara Akademcy akan terus berperanan
memantau dan membantu pernigaan mereka ,ini merupakan antara anjakan dari NKRA kerajaan untuk
membantu rakyat “Katanya
Pada
majlis penyampaian yang turut disaksikan
penyelia Pusat Taman Cahaya ,Hj Ibrahim Abdul Hamid, peserta meneriam
dua buah kerusi urutan dan peralatan lain yang kosnya hamper RM20.000.
sekaligus membolehkan mereka memulakan perniagaan refeleksologi di pusat bereknaan.
Pic 1: Duduk empat dari kiri ,Encik Awang ismail dan Puan
Sahara Asor bersama Penyelia Pusat Latihan orang Buta Taman Cahaya serta
peserta kursus .
Pic
2: Latihan Amali mengurut kaki oleh
peserta Kursus.
Pic 3: Barisan tenaga pengajar yang terdiri
kalangan orang Kurang upayah penglihatan memiliki sijil Kemahiran Malaysia
No comments:
Post a Comment