OLEH: KAMARUL AZMAN

"Tindakan
(saya) seterusnya akan terus jelajah ke kampus-kampus IPTA (Institut Pengajian
Tinggi Awam)," katanya kepada The Sabah Insider.Net (KL)
Aktivis siswa itu
memaklumkan akan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 14 November ini;
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau
Pinang sehari kemudian, sebelum ke Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 20
November ini.
Fahmi bersama
tujuh lagi rakan siswa ditahan malam tadi selepas mereka diarah beredar dan
dihalang mengadakan perhimpunan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Beliau berkata polis
tidak memaklumkan kepada mereka bawah akta mana mereka ditahan, tetapi hanya
memberitahu mereka cuma disoal siasat "untuk rekod mereka".
"Bila ditanya
kenapa disoal siasat, kami dimarah, telefon juga tidak dibenarkan guna,"
katanya.
Ditanya sama ada
pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang berlaku, Fahmi
berkata: "Saya fikir tidak perlu".
Lapan aktivis
siswa yang ditahan jam 8 malam tadi di kampus itu kerana didakwa menyebabkan
kekacauan di kampus dibebaskan tengah malam tadi dengan jaminan polis.
Mahasiswa itu
antaranya daripada Universiti Malaya, UMS kampus Kota Kinabalu, UMS kampus
Labuan dan UiTM Sabah.
Sebelum itu, Fahmi
antara beberapa mahasiswa yang menjalani ujian air kencing, tidak dimaklumkan
alasan penahanan mereka.
Skuad anti rusuhan
turut ditempatkan di pintu masuk kampus itu sebelum perhimpunan berlangsung

“Kami akan belasah habis-habaisan kalau dia coba datang ke Kampus UMS untuk
membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara kalau
datang dengan cara baik kami hormati
tetapi kalau datang sekadar cuba menghasut pelajar kami akan kerjakannya cukup-cukup”
kata juru cakap itu.
No comments:
Post a Comment