KUALA LUMPUR: Hasil maklumat
orang ramai dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, dua kejadian
buli yang disiarkan media semalam sudah dikenal pasti.
Berikut kenyataan rasmi polis berhubung dua kes yang mencetuskan banyak
persoalan terutama masa dan lokasi kejadian buli itu.
KES 1: SUSPEK BULI BERSINGLET HITAM
Kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun
2010.
Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama (bersinglet hitam) yang
terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011
ekoran daripada pelbagai masalah displin.
Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti.
Sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga
dan pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat
berhubung kejadian tersebut.
Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip
video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.
Siasatan kes masih diteruskan.
KES 2: ENAM SUSPEK BULI PELAJAR BERBAJU T MERAH
Kes ini membabitkan seorang pelajar berbaju T berwarna merah dibelasah
oleh beberapa pelajar di dalam bilik asrama yang dikesan berlaku pada 25 Mei
2014 di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.
Kejadian telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada pihak polis pada
6 Jun lalu.
Siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia
antara 13 hingga 15 tahun.
Keterangan mangsa yang berumur 11 tahun juga telah diambil.
Kes didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun
Keseksaan petang tadi.
Pihak polis sekali lagi menyeru orang ramai agar tampil menyalurkan
maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama ini supaya pencerahan dan
tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.
Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak polis jika
terkesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran
masyarakat akibat sebaran maklumat yang tidak berasas.
No comments:
Post a Comment