OLEH:
THOMAS SUNGGIUK
KOTA
KINABALU: Ramai pelanggan rasa tidak puas hati terhadap perilaku sebuah restoran di sini
iaitu Restoran Ummi Aisah yang didakwa mengenakan bayaran terlalu mahal keatas
makanan dan minuman yang dijual di restoran berkenaan.
Contohnya harga nasi kukus ayam
berempah sepinggan RM22.50 cendol segelas RM8.00 sementara pinjam mangkok atau
pinggan kosong dikenakan bayaran atau cas RM2.00.
Seorang pelanggan yang mengadu kepada Waratawan kami berhubung isu
restoran Ummi Aisah yang mendakwa makanan dan minuman yang dijual di
restoran itu memang terlalu mahal berbanding dengan mana-mana restoran yang ada
disekitar bandar Kota Kinabalu.
Kata Ahmad (Pelanggan) kalau pelanggan memesan makanan untuk ditapau
(bungkus) mereka telah mengenakan bayaran tambahan kalau mee goreng kita pesan
harganya RM7.00 kemudian di tapau menggunaan container mereka cas RM1.00.
“Saya bagi pihak rakan-rakan yang telah teraniaya ayuh sama-sama boikoi
bagi tahu kawan-kawan yang lain supaya
jangan datang ke restoran Ummi Aisah nanti jadi mangsa seperti kami ini.
“Andai kata kalau pelanggan yang membawa duit hanya RM20.00 sahaja sudah
tentu tidak cukup untuk membayar makanan yang dipesan untuk seorang” kata Ahmad
lagi.
Dalam pada itu Ahmad meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan pihak unit Penguatkuasa Dewan Bandaraya
Kota Kinabalu (DBKK) agar membuat serbuan mengejut ke restoran yang dimaksudkan
itu.
“Saya khuatir jika tiada pemantauan daripada pihak kementerian tersebut
dan pihak berkuasa tempatan ramai lagi pelanggan akan menjadi mangsa penipuan
seperti yang kami telah alami kelmarin”ujarnya.
“Lebih baik kita makan di restoran
Cina daripada kita makan restoran orang Melayu sudahlah mahal beranding dengan
restoran cina lataran layanan tidak bagus kalau kita tanya kenapa mahal sangat
makanan di restoran ini apa jawab mereka ini setiap makanan dan minuman
sekarang dikenakan cukai GST” Tambahnya.
No comments:
Post a Comment