WASPADA SUNGAI KG KUHARA-KG JAWA ADA BUAYA......KATA KEMELLIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SESIAPAPUN tidak menyangka  sebesar sungai Kampung Kahara Tawau mempunyai Buaya yang sering bertandang kebawah rumah atau bawah kolong  dalam satu masa tertentu untuk mencari mangsanya di baham.

Ramai penduduk Kampung berkenaan terserampak dengan buaya dibawah kolong rumah mujur belum ada berita bahawa penduduk sudah kena baham oleh buaya itu.

Cuma dikhuatiri anak-anak mereka yang suka bermandi manda atau memancing ikan  harus berwaspa kerana buaya itu tidak menolak bangkai sesiapa saja menjadi santapannya.

Wartawan Sabah Insider sempat menghubungi seorang aktivis masyarakat yang tidak asing di kalangan masyarakat setempat yang memang berasal dari Tawau iaitu Dato Paduka Dr.Kemellia Hassan turut menjelaskan.

“Memang sayapun ada mendengar daripada beberapa orang penduduk kampung Kuhara berhampiran dengan Kampung Jawa khabarnya sungai itu ada penghuninya iaitu beberapa ekor buaya yang sering naik kedarat untuk mencari mangsa” katanya.

Apapun tambah Kemellia penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai nitu agar sentiasa berhati-hati terutama bila diwaktu malam  makanya setiap bawah kolong rumah mesti dipasangkan lampu jangan sesekali gergelap bahaya.

“Begitu juga menasihatkan kepada anak-anak supaya jangan bermandi manda di sungai berkenaan manalah satu malang tidak berbau bila menimpa seseorang itu” katanya.