SABAH PERLU BINA LANDASAN KERETA API CANGGIH.. WONG

OLEH: WARTAWAN DAP

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong menyeru kerajaan mencontohi belanjawan alternatif Pakatan Harapan, membatalkan projek pembinaan kereta api laju KL-Singapura, dan menggunakan bajet berkenaan untuk membina landasan kereta api di Sabah dan Sarawak.

Wong menjelaskan bahawa, harga barang tinggi di Sabah, selain disebabkan pengehadan Dasar Kabotaj, antara puncanya ialah Sabah tidak mempunyai kemudahan pengangkutan landasan, semua barang-barangan diangkut dengan lori, tambahan pula kemudahan jalan raya berkurangan, mengakibatkan kos pengangkutan bertambah tinggi, kerajaan harus menambahbaikan perkara ini.

Wong berkata demikian semasa membahas tentang bajet 2016 di persidangan Parlimen pada 3 November.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata dalam bajet 2016, Sabah dan Sarawak akan mendapat peruntukan RM29.2billion, tetapi jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan RM267.2billion, amaun tersebut adalah tidak mencukupi bagi Sabah dan Sarawak yang 20 tahun lebih mundur berbanding dengan Semenanjung Malaysia, ini tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan infrastruktur asas di Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, Sabah Sarawak merupakan rakan setaraf kepada kerajaan pusat, tetapi pula menjadi negeri yang paling miskin, ini menunjukkan kerajaan pusat tidak adil kepada Sabah dan Sarawak.
Kerajaan pusat harus meningkatkan peruntukan kepada Sabah dan Sarawak, merealisasikan perjanjian penubuhan Malaysia.

Wong menegaskan bahawa, projek Pan Borneo telah dicadangkan dalam Bajet 2014, peruntukan pembinaan sebanyak RM500 juta telah diberikan. Tetapi dalam bajet tahun depan, projek ini dicadangkan sekali lagi, dan kerajaan akan memperuntukkan RM12.8billion untuk melaksanakan projek ini. Kerajaan harus menjelaskan kepada rakyat tentang cara pelaksanaan projek, amaun peruntukan setiap tahun dan sebagainya.

Kata beliau, menurut bajet, kerajaan pusat akan menyalurkan RM800juta melalui Jabatan Perdana Menteri untuk membina lebuhraya Pan Borneo. Jika setiap tahun kerajaan hanya memperuntukkan RM800juta untuk membina lebuhraya tersebut, maka pasti tidak dapat disiapkan dalam masa 5 tahun, kerajaan harus menjelaskan perkara ini.

Wong juga mengkritik bajet 2016 telah mengurangkan peruntukan kepada JKR Sabah, dikurangkan daripada RM432juta kepada RM425juta, terutamanya peruntukan untuk projek lebuhraya yang besar, telah dikurangkan daripada RM70juta kepada RM20juta.

Kata beliau, menurut pengarah JKR Sabah, setiap tahun Sabah memerlukan sekurang-kurangnya RM2billion untuk kerja penyelenggaraan dan memperbaiki jalan raya dan jambatan, oleh itu peruntukan yang berkurangan tidak membawa faedah kepada Sabah.

Selain itu, Wong juga berasa kecewa dan tidak berpuas hati kerana cadangan untuk menaiktaraf pelabuhan Sepanggar kepada Transshipment Hub tidak dimasukkan ke dalam bajet ini.

Wong berkata, walaupun kerajaan telah menyatakan bahawa tidak berniat untuk memansuhkan Dasar Kabotaj yang tidak adil kepada 
Sabah dan Sarawak, dan berjanji untuk menaiktaraf kemudahan pelabuhan Sabah, supaya ia setanding dengan pelabuhan di seluruh dunia, tetapi kerajaan tidak memberi peruntukan dalam bajet, ini mengecewakan rakyat.

Wong juga berkata, walaupun kerajaan telah mengecualikan GST ke atas tambang penerbangan domestik Sabah dan Sarawak, tetapi oleh kerana pengangkutan dari Sabah Sarawak ke Semenanjung hanya bergantung kepada penerbangan kapal terbang sahaja, maka kerajaan juga patut mengecualikan GST ke atas tambang penerbangan di antara Sabah Sarawak dan Semenanjung.

Beliau menegaskan bahawa, disebabkan harga barang di Sabah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, pendapatan rakyat pula lebih rendah berbanding dengan Semenanjung, maka kerajaan harus menurunkan kadar GST di Sabah, ataupun menangguhkan dasar ini.

Wong berkata, kerajaan memperuntukkan RM515juta untuk menambahbaikan kualiti bekalan elektrik, dan peruntukan untuk SESB juga telah ditambahkan daripada RM147juta kepada RM327juta, serta ditambahkan dengan loan. Oleh itu, beliau meminta kerajaan menjelaskan kegunaan peruntukan serta cara untuk menambahbaikan bekalan elektrik.

Kata beliau, kawasan Sandakan hampir setiap minggu atau setiap hari juga mengalami gangguan elektrik, menjejaskan kehidupan rakyat dan ekonomi.

Wong juga bertanya tentang perkembangan projek pembinaan stesen janakuasa gas asli di Lahad Datu. Kawasan Pantai Timur Sabah amat memerlukan stesen janakuasa yang melebihi 300MW untuk menangani keperluan bekalan elektrik yang semakin bertambah. Jika projek ini terus ditangguhkan, maka masalah bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur pasti akan semakin teruk.



No comments:

Post a Comment