PENDEKAR AMIN TAK JADI BERDEPAT DENGAN TONY PHUA?

OLEH: ISMAILY BUNGSU

SEPERTI  awal dikatakan debat akhirnya bakal tidak jadi sebab jika terus dilakukan maka jawabnya TERBURAI anak perut 1MDB.
Mula-mula  tony cabar arul dan arul kata letak jawatan dan kemudian tony kata arul jangan banyak cakap.

Akhirnya arul kata siap tanpa syarat dan seterusnya menteri komunikasi menjawab debat ok tapi tiada soal jawab. Aneh!

Semuanya asyik bersilat kata dan niat sebenar saya ramal jelas mereka tak mahu tony dalam psc.

Speaker pula jika debat diteruskan dia akan letak jawatan dan katanya tony kena letak jawatan dan arul pula kata tak akan debat akur perintah speaker.

Jika arul tak mahu debat lalu tony debat dengan dinding sajalah sendirian tanpa penonton.9

Akhirnya setelah semua bersilat kata speaker ambil keputusan debat tak boleh dan inilah namanya permainan.

Memang benar sesuatu yg dalam bicara tidak boleh dibicarakan tapi jika tiada mahu disembunyikan tentu baik teruskan saja tidak perlu khuatir sebab berani kerana benar.

Saya yakin jika ada debat terbuka maka siap yang didebat akan menjelaskan hakikat sebenar dan ini cukup mereka takut sekali.

Sekali lagi rakyat diputar-putar  hingga jadi bingung.