NAIB TAK BERANI MEMFAILKAN SAMAN TERHADAP WALL STREET JOURNAL (WSJ)

KIRIMAN: ZAR ALI

BERITA Mengaibkan Najib. Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang turut berada dalam pasukan perundangan perdana menteri berkata Najib bukan saja mahu keadilan untuk dirinya tetapi juga mahu mahkamah memberikan perintah ganti rugi kerana mencederakan reputasinya.

“Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana,” katanya kepada wartawan hari ini.

Peguam itu berkata demikian sebagai respons ketika ditanya mengapa perdana menteri tidak memfailkan saman di luar Malaysia terhadap penerbit terbabit.

Berita Mengaibkan Najib. Sebaliknya, pasukan peguam Najib berkeras WSJ menyatakan sama ada ia bergantung pada undang-undang AS untuk melindungi syarikat Amerika itu daripada perintah mahkamah yang berada di luar bidang kuasa AS.
Firoz berkata Najib juga layak menerima ganti rugi sama seperti pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang dianugerahkan jumlah pampasan kewangan lebih tinggi terhadap Utusan Melayu (Malaysia) selepas ia didapati benar memfitnah mereka.

Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya. Akhbar itu juga mengeluarkan sebuah rencana mengenai perkara itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.
Dana itu, sebahagian besar dimasukan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.

Peguam Najib, Datuk Mohamad Hafarizam Harun hari ini menafikan anak guamnya sengaja melambatkan serta mencari alasan untuk tidak menyaman WSJ.

Hafarizam berkata, dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu untuk penjelasan sama ada RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB, tetapi berkata penjelasan yang diberikan masih tidak memuaskan.
Peguam itu kemudiannya berkata dia sudah menulis kepada peguam penerbitan itu di Singapura meminta penjelasan sama ada mereka menggunakan Akta Kebebasan Bersuara di Amerika, bagi menghalang Najib daripada melaksanakan penghakiman yang diperolehi di Malaysia.

Katanya lagi, peguam WSJ di Singapura enggan mendedahkan perincian mendalam kerana sebab-sebab strategik.

“Kami memang mahu menyaman tetapi ia perlu dilakukan dengan betul atau ia hanya akan dibatalkan kerana teknikaliti.

Berita Mengaibkan Najib. “Juga, kami juga tidak mahu mendapat keputusan penghakiman yang tidak dapat dikuatkuasakan di Amerika Syarikat,” tambah Hafarizam.

Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.

Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan samada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh Najib menyalahgunakan kuasa.
Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia.
ADDIN.