Sunday July 03/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:
sabahiinsider14.blogpsot.com
DATUK Seri
Mohd Shafie Apdal orang sederhana dan orang lama dalam UMNO bermula duduki
ketua pemuda hingga terakhir duduki kerusi Naib Presiden yang mendapat undi
antara terbanyak sekali.
Memeggang
sekitar lima jawatan menteri di peringkat pusat sekitar 30 tahun bukan sesuatu
yang remeh untuk diperkecilkan dan siapa ahli-ahli UMNO lain yang boleh
dibandingkan dengan ketokohan beliau?
Seperti
saya katakan beliau punya watak yang sederhana dan mudah didekati dan jauh beda
dengan menteri-menteri lain yang ada di Sabah.
Kejayaan
paling TOP diraih olehnya ialah duduki kerusi pengerusi jawatankusa eksekutif
persatuan anggota parlimen Komanwel dan Sabahan amat berbangga kerana memilikI
anak jati yang tidak kurang kebolehannya di arena antarabangsa.
Tan
Sri Pandikar Amin Mulia pernah menjelaskan bahawa DS Shafie merupakan orang
ketiga yang dipilih dari Asia tenggara dan ketika itu persidangan yang diadakan
telah berjaya dalam membincangkan kenaikan harga bahan api dan makanan yang
turut menjejaskan negara miskin dan membangun.
Beliau
ketika duduki kerusi menteri luar bandar dan wilayah telah banyak memberikan
sumbangan dana kepada Sabah termasuk peruntukan dekat ratusan juta juga di Kota
Marudu untuk pembangunan air paip tetapi dirakus oleh menteri kabinet sabah
sendiri.
Seperti
menteri-menteri lain di Sabah DS Shafie tidak seperti menteri-menteri lain yang
duduki kerusi menteri usaha mengaut keuntungan kayakan diri sendiri hingga
kekadang ada projek sekitar RM100 juta hanya sekitar RM30 juta saja yang
dibelanjakan dan selebihnya demi kepentingan diri dan di situlah berlakunya
ketirisan yang menyebabkan rakyat tidak mendapat kemudahan yang selayaknya.
Dari
segi kesetiaan terhadap Najib/kepimpinan parti jelas DS Shafie tidak boleh
dipertikaikan selama 30 tahun dia berada dalam kabinet dan 5 penggal sebagai
YB.
Hakikat
jelas DS Shafie jenis yang taat sama parti dan terlalu sayang sama parti dan
kerana sayang itulah dia menegur kepimpinan yang melakukan kesalahan demi
menyelamatkan parti. Apalkah itu merupakan kesalahan dari segi islam?
Saya
ulang lagi bahawa apakah itu merupakan satu kesalahan jika menegur kepimpinan
sedang Nabi pernah bersabda "katakanlah yang benar meski pahit" dan
kelihatannya DS Shafiee telah melakukan sesuatu yang terbaik.
Penggantungan
DS Shafie sebagai ahli UMNO/Naib Presiden UMNO adalah sesuatu yang tidak sepatutnya
dilakukan sebab penggantungan itu tanpa diminta tunjuk sebab dan di mesyuarat
yang ia hadiri tidak pula kasus itu dibincang tetapi setelah DS Shafiee
melakukan umrah di Mekah maka ketika itulah kepimpinan UMNO bertindak dan
memutuskan keadaan. Bukankah itu namanya bacul kerana mengambil tindakan
digantung kala ia sedang umrah?
Hakikat
sebenar UMNO bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Melayu, jauh
kepentingan bumiputera lain di Sabah sebalik jelas melalui UMNO mereka peggang
konsep Melayu Bunuh Melayu.
Kesannya
Sabah wilayah yang terkaya sebalik menjadi termiskin dan di bawah kepimpinan
UMNO, Malaya usaha memiskinkan dan mengaut kekayaan Sabah dan sesiapa saja yang
berani melawan dan memperkatakan kebobrokan kepimpinan UMNO atasan, maka jawabnya
tetap PECAT atau di gantung dan inilah budaya UMNO yang tidak boleh mengkritik
atasan dan budaya paling buruk yang dipecat selajutnya mereka hina-hina dan
kutuk dengan segala macam alasan.
Sebalik
dalam UMNO sesiapa/mereka yang kaki ampu, kipas dan membodek siap duduki kerusi
menteri dan mereka ini siap menjadi ketua tentera untuk menyerang mereka yang
bermatian berjuang untuk rakyat terbanyak.
Inilah
hakikat perjuangan UMNO yang banyak sangat menyusahkan rakyat terutama yang ada
di Sabah dan kesannya yang kaya semakin kaya terutama kalangan menteri dan
miskin kalangan KDM di ulu-ulu tetap susah dan melarat.
No comments:
Post a Comment