MUFTI PAHANG BETUL-BETUL SOMBONG-BONGKAK ENGGAN MOHON MAAF.


Selasa Julai 05/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

KEENGGANAN Mufti Pahang  yang tidak mahu memohon maaf kepada DAP dan umat Islam yang lain atas dakwaannya orang Islam yang bersekongkol dengan DAP   juga di gelar sebagai Kafir dan Harbi.

Beberapa  orang Mufti dinegeri-negeri lainnya tidak bersetuju dengan sikap keangkohan-keegohan-kesombongan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan merupakan fatwah disebaliknya  adalah mencaci kepada seseorang itu.

DAP ditubuhkan kata seorang Mufti dari Perak ia mengikut perlembagaan  pertubuhan Malaysia DAP adalah parti politik yang sah disisi undang-undang Negara kerana parti DAP telah diluluskan  oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah parti yang berdaftar dengan pihak ROS (Registration of Society)  jadi tidak boleh  didakwa sebagai kafir dan harbi.

Seorang Aktivis Sosial Masyarakat yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Portal Media The Sabah Insider.net Dato Seri Paduka Kemellia Hassan  berkata demikian ketika merujuk satu kenyataan Mufti Pahang  yang tersiar di media The Malaysian Insider baru-baru  ini.

“Saya berpendapat tidak ada salahnya kalau Mufti Pahang Abdul Rahman Osman  memohon maaf secara terbuka sama ada menerusi media-media portal atau surat-surat khabar dan juga melalui siaran  TV.

 Sebagai Mufti yang berpendidikan agama Islam yang cukup tinggi disamping mempunyai ilmu yang mendalam dalam selok belok hal ehwal Islam seharusnya merendah diri bukan berkelakuan bongkak.”katanya.


Kemellia menambah kenyataan Abdul Rahman menyebut kafir dan harbi yang ditujukan  kepada DAP  serta orang-orang Islam yang  lain telah menjadi ahli DAP nereka adalah kafir harbi  telah menimbulkan kemarahan di kalangan bukan Islam bahkan juga menjadi kemurkahan dikalangan umat Islam sendiri  di Negara ini termasuk para alim ulamak  yang lain kerana  tidak setuju dengan dakwaan Mufti Pahang itu.









No comments:

Post a Comment