Friday July 01/2016
OLEH: SIDEK KOLO
www.sabahinsider14.blgspot.com
PAPAR: – Agensi
kerajaan, GLCs, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) digalak
menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik sempena
Aidilfitri.
Menurut Ahli Parlimen, Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin, kestabilan ekonomi dan keselamatan yang sentiasa terkawal sewajarnya
memberikan kesedaran kepada rakyat untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang
kurang bernasib baik.
“Selain menunaikan ibadah puasa, umat Islam juga
sangat dituntut memperbanyak sedekah dan membantu golongan yang memerlukan. Ini
bagi membolehkan mereka bersama-sama menikmati perayaan Aidilfitri dengan
gembira.
“Penganjuran majlis-majlis berbuka puasa juga
terbit daripada rasa prihatin dan tanggungjawab untuk membantu golongan yang
memerlukan.
“Sekurang-kurangnya mereka dapat
menyambut Syawal dengan rasa penuh kegembiraan dan keceriaan,” katanya ketika
berucap pada Majlis Iftar
Bersama Warga PDRM di Ibu Pejabat Polis (IPD) Papar,
pada Isnin.
Tambahnya, majlis anjuran bersama IPD Papar dan
Pejabat Parlimen Papar tersebut bertujuan menzahirkan penghargaan masyarakat
terhadap polis, di samping mengukuhkan lagi silaturahim antara badan penguat
kuasa undang-undang itu dengan para pemimpin di kawasan berkenaan.
Rosnah turut menyeru masyarakat agar sentiasa
mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja agar tidak berlaku pembaziran
terutama menjelang perayaan Aidilfitri.
Katanya, amalan berjimat-cermat dapat mengukuhkan
ekonomi keluarga dan persiapan untuk keperluan masa akan datang seperti
pendidikan anak-anak.
Pada majlis itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri
Kerja Raya Malaysia menyumbang RM50,000 untuk membaik pulih Surau IPD Papar.
Turut disampaikan, kuih raya kepada IPD berkenaan
dan sumbangan duit raya kepada 25 penerima terdiri daripada golongan anak
yatim, balu dan mualaf.
Terdahulu, Rosnah menyertai ahli-ahli PERKEP dan
kakitangan pejabatnya menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada
masyarakat setempat.
TSI
No comments:
Post a Comment