GOLONGAN KURANG BERADA DAPAT BANTUAN RAYA DARIPADA ADUN PANTAI MANIS DAN MP PAPAR



Saturday July 02/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI-
FOTO: SIDEK KOLO
www:sabahinsider14blogspot.com.


PAPAR:-  Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini  kebajikan terhadap anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas  dan mualaf tetap terpelihara dan tidak pernah dilupai.
 
Kelmarin Ahli Parlimen Papar Datuk  Hjh Rosnah Datuk Hj Abd Rashid Shirlin Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pantai Manis Datuk Hj Abd Rahim Ismail yang juga selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKNS) telah menyampaikan sumbangan raya kepada Asnaf Zakat kepada Anak-Anak Yatim, Ibu-Ibu Tunggal dan Mualaf.


 Dalam ucapan Rosnah antara lain menjelaskan sebagai rakyat yang tergolongan dalam kehidupan serba-serbi mewah  sesekali jangan lupa atau meminggirkan golongan orang-orang yang kurang bernasib seperti anak-anak yatim, balu-balu dan juga mualaf  khususnya dibulan Ramadan ini.

“Banyak keberkatan dan ganjaran pahala dari Allah SWT  jika kita sambil mengerjakan ibadah puasa dan  sambil bersedekah kepada insan-insan yang memerlukan agar mereka dapat menyambut hari raya yang penuh kegembiaraan” kata Rosnah lagi.

Majlis berbuka puasa dengan masyarakat kampung yang diadakan di  Masjid Jamek As Salam Kampung Benone Papar telah dihadir seramai lebih 70 orang  penduduk setempat.

Rahim telah menasihat kepada  ibu-ibu tunggal yang bakal menyambut hari lebaran nanti supaya berhemah bila berbelanja  beli barang-barang keperluan saja memandangkan   barang-barang kini harganya melambung tinggi sambutlah hari raya secara sedarhana mengikut kemampuan masing-masing.


No comments:

Post a Comment