(MUSA AMAN RAMAI PENGIKUTNYA 100 PERATUS BANGSA PAKISTAN SHAFIE APDAP RAMAI PENGIKUTNYA 100 PERATUS BAJAU-KAKAYAN DAN SULUK)
Oleh Evangeline Soraya Kigis
Wednesday July 13/2016
1.PERKEMBANGAN politik semakin rancak akan
memuncak selepas tumpuan beralih dari Hari Raya Aidil Fitri ekoran tindak balas
Datuk Seri Shafie Apdal dari penggantungan keahliannya dari UMNO
akibat menyonsang arus tidak bersetuju dengan 1MDB dan dana RM2.6 billion .
2.Tindakan
yang ditempuh oleh Shafie Apdal hanya ahli UMNO tegar tidak bersetuju tetapi
rakyat kebanyakan majoriti amat yakin dengàn beliau itu adalah tepat dan
bermaruah.
3.Adalah dijangka
beberapa kawasan bermula dari Semporna,Lahad Datu,Sandakan,Kunak,Kudat,Kota
Belud dan Tuaran ada mengikuti jejak beliau meninggalkan UMNO beramai ramai
terutama kawasan majoriti suku Bajau,Suluk,Ubian dan Iranun.
4.Ramai
melihat peperangan ini bukan di antara BN dan Shafie tetapi dengan Musa yang
umum tahu adalah seteru politiknya semasa mesyuarat majlis tertinggi UMNO,Musa
mengambil kesempatan mempengaruhi majlis tertinggi parti agar Shafie Apdal
diambil tindakan.
5.
Sebelum ini pun kumpulan Shafie pada satu ketika dulu synonim dengan panggilan
'enam jahanam' "3 Stooges" dan Lanun kerana sebagai penghalang
politik Musa.
6.Satu
persoalan utama masih kah sahabat karibnya yang berjuang cuba menyingkirkan
Musa dari pemimpin utama negeri ini meneruskan perjuangan mereka atau telah
dapat dijinakkan oleh ketua menteri yang berkuasa selama 12 tahun dan
perkhidmatan yang terpanjang sebagai ketua eksekutif Sabah.
7.Mendengar
riak dari akar umbi mereka berjuang atas maruah suku bangsa dan dendam ahli
USNO asal yang diketepikan oleh Musa langsung tidak dapat layanan yang selayak
dihargai sebagai hard core tanpa mereka UMNO tidak akan berkembang di negeri
ini.
8.Kita
bukan racist tetapi hakikat politik Malaysia majoriti selayaknya menjadi
pengemudi kerajaan tetapi halnya di Sabah lebih yakin menentukan masa depan
mereka di luar suku mereka.
9.Namunpun
Shafie masih belum menentukan masa depan politiknya melalui platfom apa tapi
sambutan rakyat Sabah amat menggalakan kalau dibuat andaian sudah ramai ahli
umno meninggalkan partinya adalah dijangka yang belum mengisytiharkan diri
sudah menjangkau ribuan orang.
10.Ramai
pemimpin kanan UMNO menganggapi bahawa Shafie bukan menjadi faktor gangguan BN
Sabah tetapi selalulah berwaspada kerana negeri ini politik terlalu unik
istilah tukar baju sudah tiga kali berlaku sebelum ini.
No comments:
Post a Comment