Thursday December 31.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
BAKAL DIHUKUM....Gantung Sampai Mati kerana mempertahan diri.
NAMPAKnya Hakim Mahkamah Tinggi dan
para Juri sekarang main hentam keromoh bila menjatuhkan hukuman terhadap
seseorang sama ada sabit keselahan atau sebaliknya.
Kisah terbaru di mana Zulkifli 50 yang
membunuh sampai mati seorang perompak
kerana ingin mempertahankan nyawa sendiri termasuk nyawa keluarga serta
menyalamatkan harta benda bakal menerima hukuman gantung sampai mati.
Zulkifli dari Kampung Labohan Kartih Terangganu yang ditahan reman atas perintah mahkamah di
bawah seksyen 304.2 kemudian dibebaskan
atas ikat jaminan RM15.000 berapa hari
saja keluar daripada tahanan reman
lantas ditahan semula di bawak seksyen 302 atas tuduhan Mahkamah dan Seksyen
326 Kanun Keseksaan.
Yang paling menyedihkan sekali kes
tukar ke seksyen 302 jika sabit kesalahan boleh DIGANTUNG SAMPAI MATI. Tidak
cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika
disabitkan kesalahan.
Ini jelas Hakim Mahkamah dan para Juri sekarang ini suka mempersenda-sendakan
undang-undang dengan niat sesuka hati kalau mahu menjatuhkan hukuman walaupun
pada dasarnya kesalahan atas membunuh perompak sebagai penjenayah yang amat
berbahaya untuk mempertahan dirinya serta keluarga bakal menerima Hukuman
Gantung Sampai Mati di mana letaknya keadilan
Rakyat di Negara ini sudah hilang rasa
hormat dan keyakinan terhadap Hakim Mahkamah dan para Juri kerana suka
memperlekihkan undang-undang
Tentang kes Zulkifkli itu akan dibicarakan semula di
mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 23 hari dari
sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga
makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah
yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26
hari sebelum perbicaraan ini?
Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan
anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang
pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?
Buat masa ini kami sangat terkedu
dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat.
Perbicaraan pada 24 Januari nanti
berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu
namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca
sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke
perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu.
Maka mohon 3 perkara dari kalangan
pembaca yang dihormati sekalian. Pertama, sebarkan seluasnya berita ini, raih
simpati semua orang untuk membela nasib Zulkifli dan keluarga.
Ketiga, bersiap sedia untuk memberikan
sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga ini bagi menampung perbelanjaan
harian mereka.
SALAHKAH PERTAHANKAN DIRI DI MALAYSIA?
Di dalam kaedah hukuman jenayah Islam,
pembunuh yang membunuh tanpa sengaja atau membunuh tanpa niat, apatah lagi demi
untuk mempertahankan diri hanyalah dikenakan ‘diat’ yang mana diat adalah denda
yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Antara
kesalahan yang diwajibkan hukuman diat sebagaimana yang telah disepakati oleh
jumhur fuqaha ialah:
1- Membunuh dengan sengaja lalu ia
dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh
2- Membunuh tanpa sengaja, seperti membunuh perompak yang cuba membunuh kita
3- Membunuh seperti sengaja, seperti niat ingin membunuh tetapi tidak menggunakan
alat yang boleh membunuh. Contohnya menggunakan telefon bimbit untuk memukul
kepala si mati.
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah
mensyariatkan hukuman diat sebagaimana firmanNya:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ
مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا ۚ
فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
مُّؤْمِنَةٍ ۖ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ
مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ
يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَكَانَ
اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Maksudnya: “Dan tidak pantas bagi
seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali kerana tersalah tidak
sengaja. Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah, hendaklah ia
memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang
diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh), kecuali jika mereka (keluarga
terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada
perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh)
membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta
memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya,
maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk
penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana…” (surah an-Nisa’: 92).
Antara maqasid syariah di dalam
pensyariatan hukuman diat adalah demi untuk merealisasikan keadilan di antara
sesama manusia. Islam bukanlah agama yang zalim. Islam tidak menghukum
seseorang itu berdasarkan kecuaian dan juga ketidaksengajaannya, sebagaimana
yang disebut di dalam satu hadith:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ إِنَّ اللهَ
وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ
(رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه)
Maksudnya: Dari Ibnu Abbas RA daripada
Nabi SAW bahasawanya baginda telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah
memaafkan dari umatku kekeliruan, kealpaan dan apa-apa yang dipaksakan terhadap
mereka…” (hadith riwayat Ibnu Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).