PENDUDUK LUAR BANDAR SEMAKIN TERSEPIT DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN HARIAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI &
NURLIYANA ABDULLAH

JANJI TINGGAL JANJI.....Orang kampung tetap hidup menderita

CAKAP soal pembangunan dan kemajuan yang sering dilaung-laungkan  para pemimpim UMNO/BN. Sabah adalah sebuah negeri yang telah mencapai sasaran dalam membangungkan pelbagai  aspek pembangunan infrastruktur  antaranya Jalan Raya.

Dalam hal ini sesiapa saja tidak dapat menafikan setiap kali balik kampung semasa menyambut Hari Gawai Dayak, Krismas dan Pesta Menuai  pastinya mereka mengadakan kerja gotong royong untuk memperbaiki jalan dengan mengangkat batu batan.

Dalam pada masa yang sama penduduk kampung begitu marah dengan kerajaan Barisan Nasional sambil mengeluarkan kata-kata kesat kerajaan tak berguna banyak lagi perkataan perkataan  yang pedas-pedas dilemparkan kepada wakil-wakil Rakyat BN.

Akan tetapi bila menjelang pilihanraya umum  beberapa orang penduduk yang kuat melenting kuat memaki hamun terhadap pemimin kerajaan BN akhirnya mulut mereka terkunci menjadi sunyi senyap (terpungkam) perkataan menyampah tiba-tiba hilang dari bibir mereka.

Kenapa boleh jadi begitu yang sebelum ini mereka cukup berani dan lantang menyuarakan keperitan hidup rakyat, terutama sekali soal jalan  raya adalah keutamaan terhadap penduduk-penduduk di sebuah kampung kerana jalan adalan merupakan penghubung utama khususnya bagi membawa segala hasil masul tanaman=tanaman mereka untuk dipasarkan.

Kenapa mereka tiba-tiba senyap dan membisu  seribu bahasa sebabnya pihak kerajaan cukup bijak mereka telah diagih-agihkan dengan tangki berwarna biru beras nasional 10 kg wang tunai RM200.00 dan zink lima keping.

Setelah penduduk mendapat semua itu mereka jadi tukar fikiran yang tadinya adalah menentang dasar kerajaan BN tetapi kini menjadi pengundi tegar BN.

Gara-gara tangki biru beras 10kgduit RM200.00 mereka sanggup menunggu selama lima tahun lagi, kenapa penduduk-penduduk kampung yang menjadi sasaran dalam pengagihkan kemudahan  asas menjadi pak turut BN

Perlu diingatkan kalau sikap penduduk tempatan masih mempunyai daya pemikiran  ditahap katak dibawah tempurung selagi itu kehidupan mereka tidak akan berubah untuk selama-lamanya