JABATAN HIDUPAN LIAR PERLU MEMANGGIL TETAMU YANG HADIR MAKAN TELUR PENYU.....KATA JEFFRY

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KALABAKAN:-  Adalah wajar  Jabatan Hidupan Liar memanggil semua yang hadir pada majlis makan malam sempena meraikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  yang diadakan  g disalah sebuah restoran terkemuka disini baru-baru ini.

Sangking terlalu ghairah menyambut dan meraikan seorang menteri untuk menjamu selera tidak disedari barang larangkan jadi sajian dan hidangkan istimewa untuk menteri berkenaan iaitu telur penyu.

Yang hadir pada majlis tersebut  adalah dif-dif terhormat selain bebarapa orang ADUN, Ketua Bahagian UMNO termasuk juga Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sama-sama menjamu selera.

Tetapi mungkin tidak menyedari rupa-rupa banyak-banyak pegawai kerajaan yang menjadi tetamu  kehormat salah seorang tetamu dari Jabatan Hidupan Liar turut hadir seraya sempat mengambil gambar  hidangan telur penyu yang terhidang diatas meja.

Presiden Kelab Menyokong Kerajaan BN Sabah bahagian Tawau Datuk Mohd Jeffry Rosman turut memuji tindakan Jabatan Hidupan Liar akan mengambil tindakan undang-undang keatas pemilik restoran, pihak penganjur dan juga menteri berkenaan dibawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dibawah Seksyen 41 yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

“Saya cadangkan bukan hanya pemilik restoran atau menteri berkenaan dan pihak penganjur malam majlis tersebut akan diambil tindakan undang-undang  tetapi jabatan berkenaan juga harus memanggil semua tetamu yang hadir sama untuk disoal siasat” kata Jeffry.
Apapun  pihak Jabatan Hidupan Liar jangan hanya melapas batuk ditangga acuh-tak jadi ambil tindakan undang-undang terhadap mereka sebabnya mereka semuanya orang-orang kerajaan.
 
Untuk meyakin orang ramai khususnya rakyat jelata maka tegegasan Jabatan Hidupan Liar harus berlaku jujur telus dalam menjalankan undang-undang yang sedia termaktub itu jangan bersikap pilih bulu atau bias.

Undang-udangan larangan menjual dan membeli telur  penyu lama sudah dikuatkuasakan tetapi penguatkuasaannya tidak  dilaksanakan dengan betul sehingga menjual telur penyu oleh para penjaja asing (PATI) khususnya didaerah Sandakan semakin menjadi-jadi tanpa rasa takut, walaupun papam notis terpampang besar mengenai larangan menjual telur penyu” ujarnya