The Sabah Insider Online KERAJAAN BN/UMNO TERBAIK KAH UNTUK RAKYAT?


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH (TENOM)
Rabu November 02/2016

SEPANJANG Barisan Nasional  BN  memerintah bawah kepimpinan seorang Najib Razak  Sabah terutamanya dalam keadaan terkapai-kapai.  Di mana tahap  kehudupan  orang-orang  kampung bukan membaik tetapi memburuk kerana menderita dibelunggu kemiskinan tegar.

Pengampu-pengampu  BN yang kenyang memboroikan perutnya terus mendendangkan konon BN terbaik dan Musa menyatakan Sabah 90% membangun sebab ahli-ahli UMNO setiap bulan dapat gajaran dari kerajaan seorang RM2,200 untung betul jadi ahli UMNO.

Apa yang membangun di Sabah ini? Sabah kaya sumber minyak/Gas, Sawit, Koko malah getah dan sumber pelancong, cukai kastam begitu banyak dan hasil-hasil  balak kalau dihimpun untuk rakyat itu jelas Sabahan tidaklah kaya sangat macam Brunei, tetapi cukup mewah dan tidaklah seperti sekarang ini.

Memang kita melihat ada kereta di jalan raya, ada bangunan dan itu biasa tetapi semuanya milik siapa?
Ladang-ladang  sawit sepanjang Ranau, Telupid, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kinabatangan, Sipitang seterusnya ke Beaufort dan Membakut rata-rata  milik syarikat luar dan hanya sedikit milik orang Sabah.

Tanah2 tempat orang kampung bertanam buah-buahan dan berumah sejak bertahun-tahun  dikendalikan oleh dato nenek mereka tiba-tiba menjadi hak orang lain yang tidak mereka kenal dan jelas orang asal dihalau menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Apakah Sabahan buta dan pemimpin barisan nasional pura-pura tidak tahu hal ini dan kenapa rakyat terus juga menyokong BN, apakah rakyat menunggu mereka kena halau seperti sampah dan menjadi pelarian di bumi sendiri nanti?

Kebanyakannya para pemimpin BN terutama yang duduki kabinet persekutuan adalah kalangan perampok yang berwajah malaikat dan bila muncul di TV selalu mereka katakan berjuang demi negara bangsa dan agama. Cakapnya bukan main hebat macam malaikat. Kata-kata itu sebenarnya menjadi candu yang menyebabkan rakyat tersihir dan buta hati dan buta mata.

Apa lagi yang harus diperkatakan kalau rakyat sudah tersihir dan kala kita menulis apa yang benar, maka begitu hebat mereka katakan yang kita ini pengkhianat. Siapa sebenarnya pengkhianat?

Di TV selalu mereka katakan yang pembangkang perosak ekonomi seolah mereka itu malaikat yang tidak bersalah sedang punca sebenarnya merekalah yang menjadi perosak negara bangsa dan buktinya hingga sekarang dana iMDB mengalir ke akaun dua anak raja dan itu bukan sedikit tetapi RM16 bilion. Kenapa tidak ada tindakan diambil? Itu duit rakyat dan bukan duit Najib atau anak raja.

Jelas, memang ramai kalangan kita kena sihir keris taming sari yang tidak lagi boleh perjuangkan negara bangsa sebalik hanya melingkupkan negara bangsa dan agama kita sebenarnya.

Di Semananjung kita selalu melihat di TV konon tiada air tetapi di Sabah bukan tidak ada air, malah tidak ada PAIP AIR sejak dunia ini muncul dan contohnya di kampung saya yang namanya SUNGAI API TENOM. Merdeka apa namanya ini duhai pemimpin Barisan Nasional yang gagah perkasa?

DI PRN 14 ini yang dikatakan orang sekitar Mac-Ogos dan selepas Raya menjadi pilihan Musa Aman, maka kalau rakyat Sabah tidak menolak BN dan membantu memenangkan PH di peringkat Nasional untuk mendapatkan lebih 112 kerusi MP maka jawabnya tidak akan ada perubahan dan saya yakin GST akan dinaikkan hingga ke 10% kesan hutang yang terhimpun dan itu saja cara/jalan terakhir Najib selamatkan negara bangsa dan selamatkan orang-orang mereka terus melaksanakan projek mega kayakan diri mereka dan rakyat bakal merempat dan susah.

Ingatlah di PRU14 harus undi WARISAN dan parti-parti  lain asal jangan sekali mengundi BN yang merosakkan ekonomi negara bangsa kita.

Yang penting dalam konteks untuk menjatuhkan  kerajaan BN/UMNO semua parti-parti pembangkang tidak kira DAP-PKR-AMNAH dan WARISAN harus berganding bahu bekerjasama erat jangan  ada nanti perebutan kerusi berlaku  antara satu sama lain  di masa PRU14 nanti jika berlaku seperti PRN11 di Sarawak itu jelas menguntungkan calon-calon BN/UMNO untuk meraihkan undi banyak yang menjurus kemenangan besar BN.

UBAHSABAH