The Sabah Insider Online……KENYATAAN AMANAH SABAH BERHUBUNG PENANGKAPAN JUFAZLI SHI AHMAD

BY ADMIN (Friday  November 12/2016)

PETANG kelmarin, pihak Amanah telah mendapat makluman bahawa Jufazli Shi Ahmad telah ditahan di Balai Polis Travers di bawah kesalahan S. 233 Akta SKMM.

Kumpulan peguam Amanah atau KANUN juga dimaklumkan awal pagi tadi bahawa pihak polis cuba mereman beliau untuk dibawa ke Pulau Tambang bagi meneruskan proses soal siasat. Oleh itu, KANUN akan melawan permohonan reman polis pagi ini di hadapan Majistret di Balai Jinjang.

Jufazli Shi Ahmad, selaku Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah adalah anak muda yang berani dan lantang dalam mendedahkan pelbagai skandal rasuah dan korupsi di Sabah.

Kami mengecam sekeras-kerasnya penangkapan ini dan sekali lagi membantah tindakan pendakwaan terpilih yang diamalkan oleh pihak berkuasa kita. Pihak polis sepatutnya menahan dan menyiasat individu-individu yang berkait dengan skandal rasuah yang didedahkan oleh Jufazli, dan bukannya menahan Jufazli serta menggeledah kediamannya.

Justeru, kami mendesak pihak polis segera membebaskan beliau dan menyeru seluruh rakyat Sabah untuk bangkit menyatakan solidariti yang padu kepada beliau. Solidariti ini penting sekali bagi memberi mesej yang jelas tentang pembelaan kita terhadap pejuang rakyat sekaligus menunjukkan penolakan kita kepada kebobrokan regim UMNO.

MOHD KHAIRUDDIN BIN DAUD

Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara
Negeri Sabah

No comments:

Post a Comment