The Sabah Insider Online…….DS VIDA PENAJA UTAMA KONSERT GEGAR VAGANZA BERHAK SELAMATKAN ELLY MAZLIEN UNTUK TERUS IKUT PERTANDINGAN



OLEH: WAN FARIDAH  WAN AHMAD (KL)
Friday November 12/2016

RAMAI dikalangan peminat penyanyi Elly Mazlien melahirkan rasa kekecewaan dan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dibuat oleh Ketua Juri Konsert Gegar Vaganza 2016  Datuk Ramlie MS yang buat keputusan hanya mengikut emosinya bukan berdasarkan penilaian  yang telus.

Hingga sekarang kes penyingkiran Elly Mazlien dari terus mengikuti pertandingan Gegar Vaganza keperingkat seterusnya bahang  kemarahan para peminat  program berkenaan masih menebal di hati  sanu bari mereka terhadap ASTRO dan Ramlie bangsat itu.

Apapun masih belum terlambat lagi untuk menyelamatkan Elly iaitu hanya pujukan dan rayuan penaja utama konsert Gegar Vaganza 2016 iaitu Datuk Seri Vida  memohon jasa baik  kepada pihak penerbit program itu untuk menjemput semula Elly bagi mengikuti pertandingan tersebut di hari Ahad nanti.

Saya percaya hanya  DS Vida yang boleh berbuat demikian untuk memanggil semula Elly untuk ikut serta dalam konsert itu agar tidak tidak timbul lagi kontraversi   dikalangan para peminat setia Elly Mazlien kalau tersinggkirpun  lagi bagi  kali  ke 4 ini,  itu adalah hak mutlak juri-juri  berkenaan yang membuat keputusan dan tidak boleh lagi dipertikaikan  kerana Elly telah diberi peluang sekali lagi.