The Sabah Insider Online.....ZAKARIA SARAN MASYARAKAT AMALKAN KEKALKAN PERPADUAN

Gambar Kelihatan……Zakaria (4 kiri) merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan KRT Daerah Sandakan kelmarin

 
OLEH: KURAP KUDIS A/L KURAP PANAU
Monday November 14/2016


SANDAKAN Semua lapisan masyarakat disaran agar terus mengamalkan budaya tolerasi bagi mengekalkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata, konsep perpaduan yang dipraktikan di negara ini terutama di Sabah merupakan salah satu model terbaik negara dalam aspek perpaduan kaum.

Menurutnya, Ini dibuktikan dengan adanya 32 kaum etnik yang datangnya dari pelbagai kaum.

Beliau berucap demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan KRT Daerah Sandakan Tahun 2016 di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengarah JPNIN Sabah, Delin Liet Blaun, Pegawai JPNIN Sandakan, Jamri Giau dan Timbalan Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Sandakan, Mohd. Yusuf Maghribi, Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan Mansor Kawi yang menwakili presiden Datuk James Wong.

Zakaria yang juga merupakan Adun Gum-Gum berkata, semangat perpaduan kaum yang subur harus dikekalkan dan diwariskan kepada generasi muda.

Beliau berkata, KRT adalah merupakan agen kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), dalam membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakat dan badan yang menyatuhkan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, semua anggita KRT dan anggota Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) perlu melaksanakan tanggungjawab itu agar usaha penyatuan perpaduan terlaksana sepenuhnya.





No comments:

Post a Comment