The Sabah Insider Online....MPS DIGESA SELENGGARAKAN SALIRAN PARIT TERSUMBAT DI JALAN PANTAI CHEE WAH......FRANKIE POON




OLEH: SHAIMON S JUMADI and
KURAP SAMMY A/L KURAP PANAU
Selasa November 08/2016







TERSUMBAT bau busuk perlu diselenggarkan segera.







SANDAKAN- Dalam menyelesaikan permasalahan rakyat ia bukan sahaja diletakan di bahu pihak kerajaan semata-mata  namun parti-parti pembangkang juga perlu memain peranan dan tanggungjawab yang sama untuk bantu rakyat.

Ini jelas Pusat Khidmat Rakyat dibawah olahan Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) Sandakan  yang berfungsi untuk membantu segala permasakahan rakyat untuk disampaikan kepihak yang berwajib yang di Ketuai Oleh Timbalan Pengerusi CLC DAP Sandakan Frankie Poon telah membuat tinjauan keatas saliran longkang dan parit tersumbat  di persekitaran Bangunan Antarabangsa ( bersebelahan Tadika Chi Hwa ) hadepan Pusat asuhan kanak-kanak  OKU Jabatan Kebajikan, Batu 1.5 Jalan Pantai  Chee Wah Jalan  Utara Sandakan.



Permasalahan ini kerap mengakibatkan banjir kilat dan melanda dan berbau busuk  di kawasan persekitaran.



Kata Poon aduan akan dipanjangkan kepada Unit Aduan Awam ,Majlis Perbandaran Sandakan untuk tindakan sewajarnya dan segera.

No comments:

Post a Comment