The Sabah Insider Online. DS SHAFIE BERADA DI SANDAKAN RAMAI AHLI UMNO 4 BAHAGIAN AKAN MENYERTAI WARISAN


( siri jelajah WARISAN)

KEDATANGAN  pemimpin WARISAN  ke Sandakan  membuka pintu hati ahli-ahli UMNO Sandakan-Batu Sapi-Kinabatangan-Libaran dan Beluran untuk menyertai parti WARISAN .

  
OLEH: ISMAILY BUNGSU KK)
SHAIMON S JUMADI (SDK)
Sunday November 20.2016

SANDAKAN:- Kedatangan Datuk Seri Shafie Hj Apdal ke Sandakan yang dijadualkan pada 27hb November ini merupakan satu rahmat kepada  penduduk-penduduk daerah ini kerana dapat bersemuka dengan tokoh dan pemimpin terulung Sabah itu.

Pertemuan  dengan DS Shafie Apdal  yang akan diadakan di Dewan Hakka Batu 6 Jalan Labuk bermula pada jam 10.00  pagi dan akan membuka ruang   pintu hati  kepada ahli-ahli UMNO dari Bahagian Sandakan-Batu Sapi-Kinabatangan-Libaran dan Beluran untuk menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN)  merupakan parti tempatan Sabah yang semakin hari mendapat tempat di kalangan ahli-ahli UMNO untuk mereka menyertai parti tersebut.

Sebelum  ini banyak sangat pertanyaan dan permintaan untuk maksud DS Shafie Apadal dan yang lain berada di Sandakan.

Kini sampai sudah waktunya  DS Shafie bersama YB Jaujan, YBH Peter Anthony, YB Darell dan YB Junz Wong akan berada di Sandakan.

Orang ramai yang tinggal di sekitar daerah ini adalah dijemput pada sesi pertemuan itu dengan para pemimpin WARISAN negeri pada masa,tempat dan tarikh yang telah ditetapkan itu.

Barang kali rakyat Sandakan khususnya ahli-ahli UMNO/BN ingin menyampaikan  sesuatu amanat terhadap DS Shafie  di majlis itu nanti.


No comments:

Post a Comment