The Sabah Insider Online..... MP BATU SAPI BANTU BUAT PAGAR BESI PRA SEKOLAH MAWAR

Gambar Kelihatan…..Linda (empat dari kanan) bersama pegawai beliau serta guru-guru Pra-Sekolah Mawar ketika meninjau pagar baharu yang siap dibina


OLEH: AZMIE AZMAN
Sabtu November 19/2016

BATU SAPI:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menggunakan peruntukan beliau untuk menggantikan pagar besi lama di Pra-Sekolah Mawar yang roboh.

Linda mengarahkan kerja-kerja berkenaan dilaksanakan atas permintaan dari pihak sekolah ketika beliau membuat lawatan turun padang ke sekolah itu beberapa bulan lepas.

Ahli Parlimen Batu Sapi itu telah mengadakan lawatan semula ke sekolah tersebut untuk meninjau pagar besi baharu yang telah siap dibina baru-baru ini.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Linda kerana prihatin dengan keselamatan kanak-kanak serta para guru-guru di Pra-Sekolah Mawar.

Dalam lawatan baru-baru beliau, Linda sempat bertemu dengan kanak-kanak yang menghadiri kelas dan juga dibawa meninjau persekitaran sekolah berkenaan.

Hadir bersama dalam lawatan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.





No comments:

Post a Comment