UMNO SEPANGGAR BERGOLAK PBS-UPKO-LPD DAN PBRS AKAN KELUAR BN. The sabah Insider Online.


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday November  09/2016

SEJAK saya ceramah politik di kampung Numbak bulan lalu banyak sangat saya terima berita dan kabar orang UMNO di sana sudah mula meninggalkan UMNO dan sudah hijrah ke WARISAN.

Saya sebenarnya tidak ingin menulis hal ini dan mahukan orang lain menulis tetapi kesan banyak sangat saya terima dan orang UMNO sendiri menghantar berita, maka hari ini saya tulis apa yang berlaku di sana sebenarnya.

Memang ketika saya ceramah di sana/jelasnya di luar jangka dan mereka melayan saya dengan baik dan pada mulanya saya rasa ragu sebab di situ memang KUBU UMNO yang bantu menangkan YB Jainab dan bila saya teliti di sana dalam hati saya kata " INI KALI YB JAINAB" akan merasa langit tinggi rendah.

Sepanggar/Darau bukan lagi kubu UMNO dan di sana ramai yang saya temui benci muak UMNO dan kutuk mereka setengah mati dan saya selalu saja mengatakan agar bersabar untuk sementara waktu.
Rupanya sehari kian sehari ramai sangat yang meninggalkan parti UMNO dan banyak sangat yang sudah mengisi borang WARISAN dan terbaru ahli-ahli UMNO menyerahkan borang kepada sahabat saya Tuan Haji Mentoh Aru.

Jelasnya kebangkitan Sabahan untuk menyokong WARISAN begitu jelas tidak dapat dibendung2 lagi dan kawasan Sepanggar/Darau bukan lagi pilihah UMNO dan nampaknya YB Jainab asal Taway yang dikatakan tidak membela rakyat di sana akan tumbang dan ini berdasarkan pengamatan saya.

Kita lihat selanjutnya dan saya akan datang ke sana lagi untuk mengempur kali kedua bila sampai waktunya dan kesempatan ini saya uar2kan agar orang ramai datang ke Sikuati tanggal 12hb November( Sabtu) ini kesan DS Shafie Apdal akan berada di sana menyampaikan ucapan politik.

Sebentar tadi DS Shafie  hubungi saya yang ia memang confirm datang ke Sikuti dan katanya ketemu di sana.

Kita ketemu di sana demi warisan anak bangsa kitani di Sabah dan semoga Allah mudahkan perjalanan kita ini.

Ekoran dari perbuatan  yang semakin ganas kumpulan Geng Baju Merah tajaan UMNO yang diketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Jamal Mohd Yunos dengar khabarnya  telah mendapat perhatian serius di kalangan ahli-ahli komponen Barisan Nasional (BN) antaranya  MIC-MCA-GERAKAN-PBS-UPKO-LDP dan PBRS mereka dijangka akan keluar meninggalkan BN sebelum menjelang PRU14 nanti ini mungkin akan menjadi reality.