The Sabah Insider Online….RAYKAT BANGLADESH 1.5 JUTA TINGGAL DI MALAYSIA AKAN DIBERIKAN PELBAGAI KEISTIMEWAAN…KATA NAZRI AZIZ



DARI  MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON  S JUMADI
Monday November 21/2016

BILA saya menulis dan merungkai sedikit sebanyak tentang isu kebanjiran Bangladesh di Negara ini  di beberapa siri yang tersiar di media portal The Sabah Insider Online dikatakan sebagai propaganda semata-mata untuk mengelirukabn rakyat di negara ini.
Tetapi kenyataan demi  kenyataan yang saya bongkar tentang isu kebanjiran warga Bangladesh di Negara ini yang berjumlah mencecah 1.5 juta  ada hubung kaitannya apa yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
Berikut petikan kenyataan menteri berkenaan yang tersiar di portal Malaysiakini pada 21-11-2016   sebagai berkata.
“Dalam usaha menggalakkan hubungan baik antara dua negara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan harapannya lebih ramai warga Bangladesh dari seluruh dunia menjadikan negara ini rumah kedua mereka.
Secara lebih khusus, dalam ucapannya sempena Sidang Kemuncak Bangladesh Global pertama di Kuala Lumpur malam tadi Nazri merujuk kenyataan itu kepada program Malaysia Rumah Keduaku yang terletak di bawah kementeriannya.
"Saya memberi jaminan kepada anda - sebagai menteri pelancongan - jika anda memohon untuk program ini, ia akan dirujuk terus kepada saya. Insya-Allah saya akan luluskan," katanya kepada peserta yang terdiri daripada anggota Persatuan Bangladesh Seluruh Eropah (AEBA).
Memetik beberapa persamaan budaya antara penganut Islam di negara ini dan Bangladesh, Nazri berakata, ramai orang Bangladesh mungkin akhirnya boleh menjadi rakyat Malaysia.
"Anda ada seorang duta yang sangat baik di sini. Jika beliau tinggal di sini lima tahun lagi, beiau boleh menjadi warga Malaysia," katanya merujuk kepada diplomat berkenaan, Md Shahidul Islam.
Nazri yang juga anggota parlimen Padang Rengas memberitahu tidak ada perbezaan antara orang Malaysia dan Bangaldesh.
"Kita semua kelihatan sama. Malah anda boleh menemui orang Melayu yang lebih gelap daripada anda.... Jangan bimbang," katanya yang turut menyatakan Malaysia juga mengalu-alukan Muslim lain dari seluruh dunia.
Katanya kehadiran orang Bangladesh sangat penting kepada Malaysia kerana ia sejajar dengan perasaan bangga dengan ciri-ciri Asia.
Satu lagi sumbangan orang Bangladesh, kata Nazri, adalah sebagai tenaga buruh yang membangunkan ekonomi negara ini.
 Pada masa sama Nazri juga berharap lebih ramai rakyat Malaysia boleh melawat Bangladesh melalui pakej istimewa ditawarkan oleh pelbagai agensi pelancongan.
Antara lain katanya pakej yang menawarkan perjalanan mengerjakan umrah dengan persinggahan di Bangladesh, sama ada ketika pergi atau balik.
Sebagai  kesimpulan kebanjiran Bangladesh ke Negara ini ertinya rakyat tidak boleh mempertikaikan  kerana menteri berkenaan yang mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN)  telah memberi keutamaan kepada Bangla yang sudah tinggal di Negara ini dalam pelbagai aspek kemudahan selain memberi pengikhtirafan sebagai warga negara Malaysia.
Memang saya sudah jangkakan Malaysia adalah rumah terbesar himpunan Bangladesh di Asia tenggara.
Kalau kebanjiran Bangla ke nagara ini semakin ramai yang boleh mencecah 5 .7 juta dan 90 peratus dijadikan warganegara Malaysia  apa kah impaknya pula kepada rakyat asal negara ini seperti Melayu-India dan Cina.
Kalau Bangla sudah diikhtiraf  warganegara Malaysia sama taraf dengan warga Malaysia yang penduduk asal Negara ini mereka sudah tentu boleh membuat  tuntutan pelbagai  jenis kemudahan  yang disediakan oleh kerajaan .
Apa  kata rakyat asal  Negara ini dapat kemudahan dari kerajaan dalam pelbagai aspek seperti kemudahan pinjaman bank untuk berniaga-beli rumah pendidikan dan bantuan-bantuan lainnya mereka  tentu menuntut hak yang sama dan perkara ini tidak boleh dielakan kerana mereka sudah menjadi warganegara Malaysia serupa kita yang mempunyai hak asasi yang sama.






No comments:

Post a Comment