KETUA POLIS NEGARA BUTA UNDANG2? The Sabah Insider Online


(....KPN kena rujuk " Perkara 63(2) PP..)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa  November  08/2016

KEKADANG saya hairan seorang ketua polis negara yang tahu undang-undang jadi tidak tahu dan apakah dia lupa soal perkara 63(2) Perlembagaan persekutuan itu?

Sebenarnya ahli-ahli perlimen termasuk mantan 3 menteri itu tertakluk kepada undang-undang  yang dimaksudkan dan semuanya ahli parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan ( Parliamentry privileges) dan kebal dari segi sebarang tindakan undang-undang.

Nah, kenapa saja ketua polis negara lewat wawancara pada 4 November itu menyatakan yang siasatan sedang dijalankan ke atas tiga menteri berkenaan?

Mereka konon yang berucap di parlimen dan menyentuh skandal 1MDB dikatakan disiasat di bawah akta hasutan, selain akta OSA. Undang2 mana yang mereka gunakan untuk ahli-ahli parlimen Malaysia berkenaan?

Kelihatannya bila ketua polis negara mengatakan mula menyiasat jelaslah seorang ketua polis negara begitu jahil hal undang-undang  dan perlembagaan.

Jika benarpun kenyataan 3 menteri berkenaan boleh dikenakan bawah akta OSA, tetapi hakikat ia diucapkan di parlimen maka ketua polis negara sama sekali tidak boleh mendakwa kerana ketiganya berucap di parlimen dan kebal dari segi undang-undang. Ini kena faham.

Biasanya ahli-ahli parlimen hanya tidak kebal bila ada ahli perlimen membangkit isu-isu  agama, kaum dan keistimewaan bumiputera dan itu mereka yang bertindak meski di parlimen boleh didakwa bawah akta hasutan atau di bawah undang-undang  lain berdasarkan perkara 10(4) perlembagaan persekutuan.

Kasus yang dilakukan oleh mantan 3 menteri berkenaan termasuk DS Shafie Apdal dari Sabah yang membahas isu kewangan 1MDB itu tidak ada kaitan dengan hasutan sebagai mana yang dinyatakan dalam seksyen 3(1) akta berkenaan.

Yang menghairankan kita seorang ketua polis negara yang rakyat cukup yakini diamanah menjaga rakyat begitu semboro mengatakan sesuatu yang sama sekali tidak masuk akal sementara SUMPAH RAHSIA itu sama sekali tidak boleh diguna pakai untuk melindungi perampok dan penjenayah berbillion-billion  wang negara milik rakyat.

Berdasarkan apa yang saya katakan ini jelas ketua polis negara adalah budak suruhan PM/BN yang kerjanya menjadi polis UMNO bukan polis rakyat Malaysia.