RAHIMAH MAJID KENA FITNAH? The Sabah Insider Online.


( sedikit pencerahan dan lihat positif negatifnya)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Jumaat November 12/2016


BANYAK sangat saya terima nota kiriman kawan-kawan  soal status ADAM yang konon dikatakan memfitnah Ketua Cabang Kudat yang namanya Rahimah Majid.

Rahimah Majid saya kenal seorang peguam yang yang baik dan punya potensi untuk muncul sebagai politikus yang bakal menempah nama sebagai pemimpin wanita yang berwibawa.

Nota ADAM saya anggap berantai itu mengingatkan saya nota yang ditulis oleh entah siapa dan disebar di grup Whatsapp UPKO lalu melebar hingga Darell Leiking, Terrence Siambun dan ramai hubungi saya dan di nota itu jelas melaga-lagakan Darell Leiking dan Peter Anthony dan nota itu konon ditulis oleh Ismaily Bungsu/saya sendiri dan itu jelas fitnah. Ini biasa buat saya!

Baiklah kita lupakan hal di atas dan kita semula merujuk nota ADAM dimulakan dengan perkataan DIKHABARKAN bakal mengisikan jawatan kosong ketua wanita.

Ayat itu saya kita bukan fitnah tetapi ADAM kononnya mendengar berita/soal dari mana berita itu ia dengar itu tentulah perkara lain yang memerlukan jawaban dan ini kelihatannya semacam PROVOKASI minta diambil perhatian kesan tiada lagi isu yang menarik selain memfitnah.

Kemudian ayat Adam berandaian lagi seolah Darell tidak setuju yang seolah konon bakal dikuasai oleh Suluk Bajau dan di sini kita lihat ada unsur-unsur adu domba dan itu saya katakan sama caranya dengan surat yang ditulis/diviralkan untuk adu domba antara Darell dan Peter Antony konon Ismaily Bungsu yang menulis. Itu memang FITNAH kesan saya tidak pernah menulis dan semua orang tahu cara ombak warna bahasa saya.

Sebenarnya inilah permainan orang-orang  yang mungkin dari kalangan parti pemerintah yang usaha adu domba dan saya hanya ketawa sinis kesan permainan budak-budak mentah yang kurang ilmunya kerana asyik menulis yang memang tiada.

Baiknya, kita lihat dari segi positif dan negatifnya!
Nota ADAM sebenarnya ada baik dan ada tidak baiknya. Buat Rahimah itu sesuatu yang saya lihat dan menjelaskan Rahimah itu cukup bererti dan ada pengaruh sebab hanya yang tidak berpengaruh saja tidak akan dikait-kaitkan. Kesan seorang Rahimah berpengaruh maka di situ ADAM sentuh dia dan ini juga mencuba kesabaran Rahimah Majid sendiri.

Rahimah Majid seorang peguam dan pernah bertanding dan mendapat undi yang cukup besar di Kudat dan kalaulah Rahimah Majid sertai WARISAN, lalu apa pula salahnya? Bukankah Darell itu juga asalnya di keadilan dan kemudian sertai WARISAN/partinya yang ia sendiri tubuhkan?

Soal Bajau/Suluk ramai dalam Warisan itu bukan persoalannya sebab suluk/Bajau itu juga orang Sabah dan kita harus tahu siapa Tun Mustapha, TYT sekarang, Abu Bakar Kitingan dan banyak lagi malah pejuang Mat Salleh juga sama. Apa masalahnya?

Keadilan dan WARISAN memang satu kepala sebab Christina dan DSSA memang satu pemikiran untuk menumbangkan BN dan tidak salah kalau Rahimah sertai Warisan tetapi itu tidak mungkin sebab Rahimah sendiri sudah memberikan penjelasan dan kalau benarpun itu tidak luar biasa dan tidak salahpun.

Lalu kenapa ADAM harus gusar dan menjadi persoalan hingga menulis nota andaian?

Yang tidak baiknya di situ yang mahu disampaikan oleh ADAM ialah usaha mengadu domba DS Shafie dan Darell yang menjelaskan seolah Darell tidak setuju atas alasan konon ada usaha memBAJAUSULUKkan Warisan dan itu jelas pandangan yang cetek dan kebudak-budakan. Sama sekali tidak ada konsep itu. adam salah tafsir.

Tidak cukup dengan cara melaga2kan dan menggunakan nama saya dulu untuk sabung Darell dan Peter, maka semula mereka ada nota sabung DS Shafie dan Darell pula dan memang inilah cara mereka untuk memecahkan kekuatan/penyatuan ahli-ahli WARISAN yang tidak lagi peduli akan terus ke depan menentang dan menendang tanpa peduli apapun di depan.

Kesimpulannya saya melihat/seperti yang saya katakan ada baik dan ada tidak baiknya.

Kita harusnya tahu bila sesebuah parti itu asyik dihebohkan dan asyik kena fitnah tanpa henti-henti  maka parti berkenaan cukup popular dan ditakuti dan kenyataan WARISAN cukup diperkatakan orang dan WARISAN antara parti yang menjadi saingan BN di PRU-14 akan datang.

Semua ahli baik majlis tertinggi WARISAN harus berfikiran matang dan memang semuanya matang tidak akan peduli segala fitnah yang datang dan visi mereka sudah jelas tertanam di hati BN harus diTAPUNGKANGkan dan hantar mereka ke jurang puaka untuk semadi tidak akan kembali lagi.

Jangan lupa esok SABTU tarikh 12 Nov, 2016 kita ketemu DS Shafie di Sikuati Kudat dan DSSA pesan agar beramai-ramai datang dan Insya Allah saya akan ada di sana bersama. ketemu nanti!