The Sabah Insider Online 1,500 PENDUDUK 5 KAMPUNG MUKIM BUNGA RAYA KENINGAU AKAN DAPAT BEKALAN AIR GRAVITI YANG DILANCAR OLEH LIM KIT SIANG


OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
KURAP SAMMY A/L KURAP PANAU (KENINGAU)
Rabu November 02/2016

 
KENINGAU:- Di lima buah kampung dalam Mukim Bunga Raya yang mempunyai penduduk seramai 1,500 orang mereka akan berasa lega dan gembira apa bila kampung mereka akan dapat kemudahan bekalan air bersih  untuk kegunaan seharian.

Projek yang dilancarkan oleh DAP melalui program Impian Sabah telah berjaya memberikan kemudahan bekalan air gravity “Talayon Tanaru” yang bermula kelmarin.

Projek tersebut  menelan belanja  kos RM250,000 itu telah dilancarkan pada 28 Oktober baru-baru ini oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bersama Ahli Jawatankuasa DAP Sabah diketuai Ahli Parlimen Sandakan Wong Tienn Fatt.

Dana yang diperolehi bagi projek tersebut merupakan hasil kutipan amal dari seluruh rakyat Malaysia atas inisiatif DAP dan Impian Sabah untuk membantu rakyat yang  tinggal di kawasan pedaalam Sabah masih ketinggalan dalam mengecapi aru pembangunan asas.

Projek memasangan Air Graviti di lima buah kampung tersebut ia melalui gotong royong antara penduduk dan ahli-ahli DAP sendir.

Pengerusi DAP Keningau Peter Saili berkata selain memberi kemudahan bekalan air kepada penduduk, projek air graviti ini juga merupakan platform terbaik untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan kejiranan.


Pelancaran projek air graviti dijalankan penuh sederhana tetapi bermakna.

“Perlaksanaan projek melalui amalan bergotong-royong di antara penduduk-penduduk Mukim Bunga Raya dan sukarelawan-sukarelawan dari luar yang datang membantu, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos wang ringgit tetapi yang paling utama kita dapat memupuk semangat kerjasama, kesatuan dan perpaduan di antara keseluruhan warga Mukim Bunga Raya” kata beliau. 

Lim Kit Siang dalam ucapannya berkata walaupun Keningau merupakan pekan kelima terbesar di Sabah, masih ada kampung yang tidak menikmati kemudahan bekalan air.
 
“Pekan kelima terbesar di Sabah yang selama empat dekad lalu telah menjadi kawasan pemimpin PBS, yang telah pernah menjadi Ketua Menteri atau Timbalan Ketua Menteri Sabah; ada kampung yang tidak mempunyai bekalan air bersih pada tahun 2016,” katanya.

Antara paip-paip PVC yang akan digunakan untuk menyalurkan air.

Menurutnya jika 60 peratus daripada RM3.3 bilion atau sekitar RM2 bilion yang diperuntukkan untuk projek infrastruktur air luar bandar tidak dicuri akibat rasuah dan kleptokrasi, ia boleh membiayai 8,000 projek seperti projek air Impian Sabah di Keningau.

“Tidak ada sebab langsung kenapa hampir setiap isirumah di pedalaman Sabah tidak dapat diberikan kemudahan air bersih, bukan sahaja pada 2016 tetapi sekitar dua puluh tahun lalu, sekiranya tidak terjadi rasuah dan kleptokrasi di negeri tersebut,” ujar beliau.