LAGI-LAGI PARA PEMIMPIN UMNO/BN FITNAH DS SHAFIE


( makin keras fitnah makin rakyat marah)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Thursday November 11/2016

BULAN lalu ada yang uar-uarkan konon Mahathir tidak percaya/layak TS Muhyiddin duduki kerusi Perdana Menteri dan konon Mahathir lagi percaya anaknya sahaja yang layak duduki kerusi berkenaan. Lihatlah bagaimana mereka adu domba!

Sesudah itu Mahathir menyusul dengan kenyataan yang Muhyiddin memang layak duduki kerusi perdana Menteri dan sesudah itu mereka diam dan inilah permainan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Hari ini saya menerima banyak pertanyaan hingga kekadang pertanyaan itu cukup meletihkan untuk saya menjawab dan jawaban saya sebelum merujuk kepada DS Shafie  ialah tidak mungkin sebodoh itu DSSA melontar kata.

Konon DS Shafie pernah menyatakan yang dia tidak yakin Muhyiddin, Mahathir dan anaknya termasuk dikaitkan nama Pakatan dan kenyataan itu jelas FITNAH dan FITNAH yang usaha memecahkan perpaduan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional di PRU14 ini.

Memang Barisan Nasional ketakutan sangat, apa lagi bila Hillary yang disokong oleh Obama dan Najib sendiri dikalahkan oleh Donald Triump yang dengan sendirinya Triump bakal duduki kerusi Presiden Amerika. Ini mengusarkan Najib yang punya kes 1MDB.


Rakyat Malaysia bukanlah sebodoh seperti yang tukang fitnah lontarkan dan rakyat Malaysia sudah tidak sabar melihat kejatuhan BN di PRU14 ini dan kerana itu pelbagai cara mereka mainkan untuk menghancurkan pembangkang yang memperjuangkan rakyat.