II The Sabah Insider Online…. 100 % AHLI-AHLI UMNO/BN BERSETUJU PEMBERIAN BR1M TAHUN 2017 HANYA DIBERIKAN KEPADA AHLI UMNO DAN BN SAHAJA PEMBANGKANG TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL BR1M DAN TIDAK LAYAK MENERIMA.


OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN (KL)
Friday November 25/2016

KUALA LUMPUR:- Rata-rata ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli komponen Barisan Nasional (BN) menyabut baik  cadangan beberapa  orang perwakilan UMNO mencadangkan dan meminta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak agar mengkaji semula memberian BR1M  supaya para penykong  pembangkang DAP-PKR dan AMANAH tidak dapat  menerima.


Kenyataan tersebut  dipetik dari Blog Amar Informasi Terkini yang diterbitkan pada 11-11-2016 yang bertajuk “Pemberian BR1M dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat”


Apa mereka fikir wang BR1M itu UMNO/BN yang  punya boleh juga para penyokong pemnbangkang tidak dibenarkan mengambil BR1M akan tetapi para penykong pembangkang juga terkecuali (dikecualikan) dari membayar GST kepada kerajaan.

Dengan itu Umum sedia maklum Perdana Menteri, Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak masih memberikan bantuan kepada rakyat berupa wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).

Dalam bajet 2017 yang baru-baru ini dibentangkan di Parlimen Perdana Menteri ada menyebut tentang pemberian wang BR1M untuk tahun 2017. Malah, kadar wang BR1M juga dinaikkan dari sebelum ini.

BR1M adalah hak rakyat Malaysi yang layak tidak kira latar belakang politiknya sama ada mereka penyokong kerajaan atau pembangkang mereka wajar mendapat BR1M sebabnya mereka juga tergolong rakyat Negara ini.

Tetapi amat mendukacitakan  sebelum ini ada perwakilan UMNO menyatakan bawaha pemberian BR1M perlu dikaji semula sepaya penyokong pembangkang tidak dapat.

Kerana semakin hari, keadaan politik di Malaysia semakin menampakkan belangnya. Kali ini, kenyataan Shafei Abdullah, perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.

Kami memang langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Inilah sebenarnya corak pemikiran politik yang perlu dielakkan. Tak perlu kami nak ulang banyak kali. Duit cukai rakyat bukan duit UMNO, PKR ataupun PAS dan DAP!

Hak rakyat, semua rakyat berhak dapat. Tidak kira apa fahaman politik mereka sekalipun. Tapi, bila ada kenyataan-kenyataan begini, kami rasa sangat kecewa. Adakah ini menjadi kebiasaan kepada satu-satu parti pemerintah memikirkan duit hasil dari cukai dan pendapatan negara adalah milik parti pemerintah?

Pemerintah dipilih untuk menguruskan pebelanjaan, pentadbiran dan juga kebajikan rakyat. Itu sebenarnya fungsi sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Anda sebagai rakyat Malaysia, bersetujukah dengan pendapat perwakilan UMNO di atas kalau ahli-ahli UMNO/BN sahaja yang layak menerima BR1M dan para penyokong di haramkan dan tidak dibenarkan sama sekali datang mengambil BR1M tersebut sebab Wang itu adalah kepunyaan UMNO/BN bukan kepunyaan pembangkang .

Kata ahli UMNO lagi biarlah rakyat yang menyokong pembangkang mati kebuluran ini satu pengajaran buat ahli-ahli DAP-PKR-AMANAH dan WARISAN.

Sementara penulis meminta juga ahli-ahli pembangkang  jangan membayar GST setiap pembelian barangan tunjukan kad keahlian parti-parti pembangkang kepada para peniaga dikecualikan dikenakan  GST sebab pembangkang tidak dibenarkan ambil BR1M  sebagai balasan.

Sementara rakyat Bangla 1.5 juta yang sudah mempunyai MYkad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mereka layak menerima BR1M sebab mereka adalah menyokong tegar UMNO/BN pada PRU14 nanti.




No comments:

Post a Comment