II SELEPAS HARGA MINYAK MASAK-PETROL-DIESEL NAIK HARGA KINI GAS LPG AKAN DINAIKAN RM7.00......KATA WONG The Sabah Insider Onli

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Saturday  November  05/2016


SANDAKAN:- Kerajaan baru sahaja menaikan harga minyak masak dan Petrol-Diesel pada 1hb November lalu.
Kini pula harga gas petroleum cecair  (LPG)   turut dinaikan berkuatkuasa mulai tahun depan seperti yang telah dilaporkan akhbar China Press.

Menurut maklumat daripada peruncit, kenaikan harga LPG munkin tidak berlaku pada tahun ini tetapi  tetap akan naik selewat-lewatnya tahun depan dengar kadar kenaikan  RM7.00 setong.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt dalam satu kenyataannya berkata tindakan kerajaan BN menaikan harga minyak masak petrol-diesel sudah membebankan rakyat yang tergolong miskin kini ditambah lagi kenaikan harga Gas RM7.00 setong.

Wong memberi tahu  selanjutnya buat masa ini harga Gas setong di Sabah hanya RM29.00 kalau dinaikan RM7.00 harga menjadikan  RM36.00 ini sudah tentu membeban kepada  orang-orang yang kais pagi untuk pagi kais petang untuk petang.

Kata Wong lagi macam-macam hal yang dilakukan oleh kerajaan BN  kepada rakyat satu demi satu  untuk menekan kehidupan rakyat  yang menghairankan  harga minyak dunia turun kenapa minyak di Malaysia dinaikan.








No comments:

Post a Comment