KERAJAAN GAGAL TANGANI GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DAERAH SANDAKAN....DAKWA WONG

Monday April 04.2016

OLEH: KREW DAP
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


SANDAKAN:- Kelalaian dan tidak  kecapan kerajaan menangani masalah bekalan elektrik  khususnya di daerah Sandakan telah menimbulkan pelbagai reaksi dan rungutan daripada pengguna setempat.

Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong (DAP) membangkitkan isu kekurang bekalan elektrik di sidang parlimen baru-baru ini dan telah mendapat perhatian serius.

Wong berkata orang ramai yang berdepan masalah gangguan bekalan elektrik sering datang  kepajabatnya  untuk membuat aduan berkenaan masalah tersebut.

Sehubungan ini Wong  meminta kerajaan memberi penjelasan dan jawapan yang jelas bilakah isu ini boleh diselesaikan.

Beliau telah empat kali minta laluan ketika  Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air memberi ucapan beliau di Sesi Parlimen perbahasan ke atas titah Seri Paduka Tuan yang dipertuan Agong untuk menyoalkan mengenai gangguan elektrik yang kerap berlaku di Bandar Indah, Sandakan.


Mengenai isu tersebut, Menteri Maximus berkata bahawa dia tahu masalah yang berlaku di Bandar Indah, Sandakan dan ia adalah disebabkan pada hari tersebut bekalan elektrik tempatan telah berlaku 8 kali litar pintas atas sebab kabel dan menjadikan bekalan elektrik yang tidak stabil dan gangguan yang kerap. Beliau memohon maaf kepada rakyat Sandakan mengenai isu tersebut.

Bagi isu gangguan bekalan elektrik di Sandakan,  Maximus berkata bahawa kadar gangguan bekalan elektrik di Sandakan telah menurun daripada 1155 minit pada tahun 2014 kepada 407 minit pada tahun 2015, dan sekiranya tahun ini tidak isu lain yang membangkitkan, maka matlamat kadar gangguan bekalan elektrik di Sandakan pada tahun 2016 adalah 180 minit. Beliau menegaskan bahawa pihak yang berkaitan telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan keadaan gangguan bekalan elektrik juga ada bertambah baik.

YB Stephen Wong minta laluan ketika ucapan Maximus dan menanya bahawa mengapakah walaupun harga minyak antarabangsa sudah menurun, tetapi kadar tarif elektrik di Sabah tidak diturunkan?

Dalam hal ini, Menteri Maximus berkata bahawa walaupun harga minyak antarabangsa sudah menurun, tetapi kos penjanaan kuasa di Sabah masih tinggi dan selain itu, Kerajaan Persekutuan juga memberi peruntukan untuk bahan api penjanaan kuasa.


 Maximus berkata bahawa kadar tarif elektrik semasa Sabah adalah RM 34.52 sen/kWj, jika tiada subsidi dari Kerajaan Persekutuan, kadar tarif sebenarnya adalah RM 39.10 sen/kWj. Peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk bahan api penjanaan kuasa di Sabah adalah RM683 juta pada tahun 2014 dan RM361 juta pada tahun 2015, ini menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan masih memberi subsidi kadar tarif elektrik Sabah dan kadar tarif elektrik semasa Sabah adalah lebih rendah daripada kos penjanaan kuasa.

Selain itu,  Maximus juga menegaskan bahawa dalam tempoh masa 5 tahun yang lalu, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM2.3 billion untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik di Sabah.

Stephen Wong menyuarakan bantahannya bahawa masalahnya adalah kadar tarif elektrik di Sabah tinggi, tetapi kualiti perkhidmatannya yang begitu teruk, hal ini telah membangkitkan rasa tidak berpuas hati di kalangan rakyat Sabah. 

Sementara itu, Stephen Wong juga meminta Menteri Maximus memberi maklumat yang terbaru mengenai pengumuman di dalam akhbar bahawa pembinaan dua loji janakuasa gas asli 190MW di Sandakan.

 Adakah seperti yang diumumkan oleh Menteri tender akan dibuka dalam masa yang terdekat? Maximus berkata bahawa rancangan pembinaan dua loji janakuasa gas asli 190MW sekarang masih dalam peringkat kajian akhir dan jumlah kadar loji janakuasa ini adalah 300 MW, kerana Kementerian berkenaan mula membina dua loji janakuasa 30 MW di Sandakan dan satu loji janakuasa 30 MW di Lahad Datu pada tahun ini dan dijangka siap pada tahun 2017 dan tahun 2018.

Dalam pada itu Stephen Wong juga mempersoalkan Menteri Maximus mengapakah SESB mengenakan sumbangan modal (Capital Contribution) di Sabah lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia, sedangkan ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan kos perumahan yang semakin meningkat di Sabah. Beliau berkata bahawa Capital Contribution bagi setiap rumah biasa di Semenanjung Malaysia hanya RM200-2500, dan di Sabah adalah RM3500-8000 bagi sebuah rumah biasa, yang pasti meningkatkan kos pembinaan perumahan. Beliau bertanya Menteri bilakah kos ini boleh dikurangkan, supaya dapat menyelesaikan masalah yang kurang adil kepada Sabah dan mengurangkan harga perumahan di Sabah. 

Menteri Maximus memberi jawapan bahawa mesyuarat mengenai isu tersebut telah diadakan untuk membuat perundingan dengan pemaju perumahan, dan jawapan akan diberi dalam tempoh dua bulan. Beliau juga berjanji untuk mengkaji semula isu tersebut.

Akhirnya, Stephen Wong juga bertanya mengapakah hanya kira-kira 10 peratus daripada peruntukan penjanaan kuasa Sabah yang sebanyak RM3 billion ternyata di Rancangan Malaysia Ke-10 telah digunakan? Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak mencapai sasaran yang dirancang? Bajet telah disediakan tetapi peruntukan tidak digunakan, merupakan salah satu punca masalah kekurangan bekalan elektrik Sabah menjadi semakin serius, beliau meminta Menteri untuk memberi penjelasan.

Menteri Maximus memberi penjelasan bahawa disebabkan isu-isu teknikal, terdapat banyak projek-projek yang dijalankan secara berperingkat termasuk tender dan pembiayaan penyelidikan teknologi, lagipun prosesnya mengambil masa yang agak panjang. Walau bagaimanapun, beliau berjanji peruntukan yang ternyata di Rancangan Malaysia ke-11 semuanya akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur tenaga elektrik di Sabah.


No comments:

Post a Comment