KEMELLIA HASSAN ...........PORTAL THE SABAH INSIDER SEMAKIN PENYERLAH.....146,746 PEMBACA


Sabtu April 30/2016

OLEH: THOMAS SINGGIUK


KOTA KINABALU:- Peranan portal The Sabah Insider.net sebagai wadah masyarakat  untuk berintraksi bagi  meluahkan segala permasalahan mengenai  kehidupan sekeliling masyarakat dan dalam aspek politik semakin menyerlah.

Dalam tempoh 2 tahun 11 bulan kewujudan portal The Sabah Insider di negeri ini orang ramai yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat yang membaca dan  mengikuti perkembangan dan perjalanan portal ini nisbah bacaan sekarang telah menjangkau146,746 ini bermakna sambutan dari orang ramai bukan saja di negeri Sabah bahkan keseluruhan pelusuk di dalam negera ini termasuk Semenanjung-Sarawak-Singapura dan juga Brunei amat menggalakan diluar jangkaan.




Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Ahli Lembaga The Sabah Insider.net  Dato  Seri Paduka Kemellia Hassan  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini di ibu pejabatnya.

Katanya peranan portal The Sabah Insider.net yang tidak berat sebelah (bias) dalam menyiarkan apa saja berita yang sampai ke meja editor tidak kira berita pro kerajaan mahupun pro pembangkang asalkan cerita bukan direka-reka tetapi mempunyai fakta yang tertentu  sudah pasti dapat dimuatkan di portal ini untuk bahan terbitan.

“Saya sebagai Pengerusi Ahli Lembaga The Sabah Insider.net ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh  penduduk di Negara ini tidak kira di mana mereka berada kerana memberi sokongan moral terhadap penerbitan  berita=berita diportal ini.”kata Kemellia.





No comments:

Post a Comment