AHLI PARLIMEN SANDAKAN LAWAT KE SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) KM 2 JALAN UTARA


Friday April 22/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahisnider14.blogspot.com

SANDAKAN:- Sebagai Ahli Parlimen Sandakan (DAP) walaupun dipihak parti pembangkang mereka juga mempunyai peranan yang sama dengan wakil-wakil rakyat pro kerajaan  dan sentiasa peka dengan pelbagai masalah rakyat yang dihadapi.

Begitu juga masalah Sekolah  Agama Negeri (SAN) KM 2 Jalan Utara yang sedang berdepan dengan pelbagai masalah yang  pernah disiarkan di portal Sabahkini. Net  3 tahun yang lalu tetapi tiada seorang pemimpin kerajaan yang memperdulikan masalah-masalah tersebut sehingga ke hari ini.


Kelmarin satu rombongan dari Pejabat Ahli Parlimen Sandakan yang diketuai oleh Ahli Parlimen sendiri Stephen Wong Tien Fatt setelah menerima aduan dari kakitangan sekolah berkenaan lantas bergegas membuat lawatan ke lokasi berkenaan untuk meninjau sendiri situasi sebanar

Menurut kakitangan sekolah berkenaan  ketika menceritakan masalah di sekolah itu antaranya peromohan pendawaian elektrik dan system saliran perparitan walaupun sudah diajukan kepada pihak kerajaan tetapi malangnya tiada tindakan diambil sehingga kehari ini.

Dalam pada itu  Wong akan membawa perkara ini ke pengetahuan pihak  kerajaan  untuk ambil tindakan demi kepentingan dan martabatkan pendidikan Agama.


Turut serta dalam lawatan kerja itu Frankie Poon DAP Tanjung Papat dan Basith Hj Othman Ketua Cawangan DAP Kampung Sim-Sim








No comments:

Post a Comment