JPN DAN JABATAN IMIGERESEN BERJAYA TAHAN SUAMI ISTERI WARGA FILIPINA SINDIKET MYKAD


Friday April 01/2016


OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

PUTRAJAYA:- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya  dengan kerjasama Jabatan Imigeresen Negeri berjaya menahan sepasangan suami isteri warga Filipina yang dipercayai jadi dalang sindiket pengeluaran Mykad palsu.

Mereka ditahan oleh pihak JPN dan Jabatan Imigeresen dalam serbuan dirumah di Taman Samudera dekat sini awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi itu, dua individu terbabit antara 18 warga Filipina yang ditahan  sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, JPN negeri dan Jabatan Imigresen negeri di sekitar kawasan itu.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Mohamad Yusri Hashim berkata, dua individu berkenaan  dipercayai terbabit dalam pemalsuan dokumen pengenalan diri selepas penemuan ratusan salinan MyKad, MyKad dan sijil lahir di rumah berkenaan yang dipalsukan. Katanya, modus operandi sindiket itu sering berpindah lokasi dari satu taman perumahan ke taman lain dan mereka menyewa rumah berkenaan sejak Ogos tahun lalu.

"Seramai 14 warga asing memiliki MyKad palsu manakala empat lagi dikesan menggunakan MyKad milik orang lain.

 " Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka turut memalsukan pasport dan kad CIDB namun tiada wang tunai ditemui di rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

“Mereka adalah dipercayai orang-orang Filipina berbangsa Suluk dan Bajau yang pernah tinggal di Sabah kemudian mereka berhijrah ke Semenanjung dengan menggunakan mykad palsu.

Baru-baru ini Polis Kuala Lumpur berjaya menahan 7 orang warga Filipina   yang bertugas sebagai Pegawai Keselamatan mereka juga terbabit menggunakan mykad palsu dan mereka semuanya berasal dari Sabah.

Katanya lagi ramai warga Filipina  berbangsa Suluk dan juga Bajau dari Sabah yang berhijrah ke Semenanjung mereka telah terkandas dan tidak berani pulang ke Sabah kerana mereka memiliki kad pengenalan palsu mereka kebanyakannya  kerja sebagai pemandu bas dan juga sebagai konduktor sekitar lembah Kelang, Gombak dan Kuala Lumpur dan sebahagian mereka bekerja di Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment