SISTEM KUMBAHAN FLAT MPS SIM-SIM TERSUMBAT JKR-MPS GAGAL MENYELESAIKANNYA

Friday April 29/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


TANJUNG PAPAT:- Kegagalan dan kurangnya perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam kerja-kerja penyenggelaraan system kumbahan/saluran najis di seluruh bangunan Flat MPS Sim-Sim telah menimbulkan kemarahan dan kontraversi di kalangan penduduk setempat.


Menurut beberapa penduduk yang ditemui mereka menjelaskan perkara kesumbatan system kumbahan najis tersebut sudah lama berlaku dan telah diajukan kepada pihak MPS akan tetapi sehingga ke hari ini tiada siapa yang memperdulikan ataupun melaksanakan kerja-kerja penyenggelaraan.
  
Kini keadaan semakin teruk kerana limpahan air kumbahan tersebut telah melimpah ruah keluar dan berbauk busuk yang menyelubungi kawasan perumahan tersebut.

“Kita tidak tahu sama ada penyenggelaraan system kumbahan itu bawah selia MPS atau JKR  yang penting kedua-kedua pihak harus mencari jalan alternative bagi mengatasi masalah tersebut sebelum penduduk-penduduk berkenaan  menerima akibatnya di serang pelbagai wabak penyakit” jelas penduduk yang enggan namanya disiarkan.





No comments:

Post a Comment