PPM ELOPURA CHAN TZUN HEI LAWAT PUSAT DIALISIS HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN


Wednesday April 13/2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

LAWAT...Chan sedang melawat salah seorang pesakit buah pnggang di Pusat Dialisis HDOK Sandakan


ELOPURA: Berdasarkan laporan yang diterima daripada pesakit  tentang kekurangan  mesin operasi mencuci buah pinggang  di Dialysis Centre Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mendapat perhatian oleh pihak berwajib.

Lantas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Elopura Chan Tzun Hei  bersama Datuk Lim Ming Ho wakil Parlimen Sandakan telah membuat lawatan untuk meninjau dan melihat sendiri keadaan di Pusat Dialisis Hospital Duchess of Kent Sandakan dan beliau berjanji akan membantu untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi dipusat ini khususnya mesin cuci buah pinggang.

Chan telah  disoal  beberapa soalan yang berkaitan dengan struktur Dialisis Centre termasuk jumlah pesakit yang terdaftar, harga untuk seunit mesin cuci buah pinggan yang baharu, bayaran dikena pada pesakit kepada pihak Dialisis Centre dan lain-lain.

Dalam pada itu Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan dalam  taklimatnya  kepada rombongan lawatan   menujukkan statistik pesakit di pusat Dialisis sepanjang tahun ini.

Pesakit yang terdaftar sebanyak 127 orang, manakala hanya 120 orang sahaja dan terbahagi kepada 3 sesi yang dapat operasi dialisis oleh sebab mesin operasi yang terhad.
 
Beliau turut mengatakan Dialisis Centre sekarang mempunyai 23 buah mesin cuci darah yang berfungsi baik dan 6 buah yang terlupus.

Pihaknya  telah menerima 4 buah mesin yang baharu pada tahun yang lalu daripada pihak agensi-agensi swasta dan NGO tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan khidmat harian.

Lataran itu PPM Chan dan Datuk Lim difahamkan kos seunit mesin cuci pinggan yang baharu adalah RM40 ribu, dan Dialisis Centre sekarang sedang mengalami kekurangan agak 4 unit untuk mengendali khidmat harian.

Selain itu, mereka juga difahamkan pesakit hanya membayar RM13 untuk setiap sesi mencuci darah di Dialisis Centre Hospital Duchess of Kent Sandakan  manakala untuk klinik ataupun pihak  swasta mengambil wang RM150 hingga RM350.

 Walau macam mana pun, pengarah menggalakkan pesakit dari sektor perkhidmatan awam untuk dapatkan rawatan di tempat swasta dan bagi peluang kepada orang yang kurang berkemampuan untuk mencuci buah pinggan mereka di Hospital Kerajaan.

Ini kerana pesakit perkhidmatan awam boleh mendapat tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membayar kos rawatan dialisis di pusat swasta.


No comments:

Post a Comment