NGO PERLU MENDIDIK MASYARAKAT UNTUK PENCEGAHAN JENAYAH SERU...ANDREW LIEW

Wednesday April 06/2016

GAMBAR MENUNJUKAN….Andrew Liew(刘瑞发) (kanan) sedang mengadakan perbincangan dengan James (梁駿健) di pejabat beliau


OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14blogspot.com

SANDAKAN:  Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) cawangan Sabah akan terus bekerjasama dengan persatuan penduduk serta organisasi bukan kerajaan dalam usaha mendidik masyarakat untuk pencegahan jenayah.

Selain dari itu, MCPF juga akan mengadakan program-program seperti ceramah untuk meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah di peringkat sekolah, kata Naib Pengerusi MCPF cawangan Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Andrew Liew Sui Fatt (刘瑞发).

Liew  (刘瑞发) juga mengalukan-alukan kerjasama dan penglibatan pemimpin masyarakat di Sandakan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai aspek pendidikan pencegahan jenayah diantara kalangan masyarakat di daerah ini.

Demikian dinyatakan oleh  Andrew Liew (刘瑞发) selepas mengadakan perbincangan dengan Kapitan kawasan Elopura James Leong (梁駿健) di pejabat beliau (Andrew Liew刘瑞发) di sini kelmarin.

Salah satu daipadanya adalah melalui penganjuran ceramah pendidikan kesedaran pencegahan jenayah kepada kumpulan sasar khususnya golongan belia, kata Liew (刘瑞发).

Dalam pada itu, Kapitan James Leong (梁駿健) memberitahu bahawa pihaknya akan menganjurkan satu program pendidikan pencegahan jenayah dengan kerjasama MCPF,  pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Elopura dan Persatuan Media Sandakan, Sabah (PEMASSA).

Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat di daerah Sandakan khususnya Elopura dalam aspek mengenai pencegahan jenayah, tambah James (梁駿健).


No comments:

Post a Comment