LIOW DAKWA PEPERIKSAAN BERSEPADU (UEC) BERTENTANGAN KEDAULATAN NEGARA....KATA WONG

Monday April 05/2016


Tuesday April 05/2016

OLEH: KREW DAP
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAK:- Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt (DAP) mempersoalkan Pengerusi MCA merangkap Menteri Pengangkutan Datuk Liow Tiong Lai, jika kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan I YB Dato’ P. Kamalanthan bahawa Pengiktirafan Peperiksaan Bersepadu (UEC) bertentangan dengan kedaulatan negara, tidak mewakili pendirian kerajaan terhadap isu tersebut, maka siapakah yang boleh mewakili kerajaan?

Beliau mengkritik bahawa Liow berkata rundingan dengan pihak yang berkaitan untuk mengiktiraf UEC masih berjalan lancar dan sudah sampai ke peringkat akhir, tetapi Timbalan Menteri telah menunjukkan minit mesyuarat Kabinet pada 6hb November tahun lalu, rekod tersebut menunjukkan bahawa:

“Kerajaan tidak akan mengiktiraf UEC untuk masa sekarang, kerana ia tidak memenuhi sukatan pelajaran kebangsaan dan dasar pendidikan Negara” Kata Wong.

Kenyataan ini mestilah diterima, kerana ia berkaitan dengan kepentingan dan kedaulatan negara.”
“Jadi, adakah rekod yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan ini palsu?

Ataupun Liow sendiri tidak menghadiri ke mesyuarat Kabinet?

Liow sebagai anggota Kabinet, tidak mungkin tidak tahu mengenainya melainkan dia sengaja menyembunyikan hakikat daripada orang ramai dan tidak berani bertanggungjawab untuk kata-kata janji yang diberi kepada rakyat sebelum ini.

Oleh kerana mesyuarat Kabinet mengamalkan dasar tanggungjawab kolektif, di mana segala-gala keputusan yang diluluskan adalah tanggungjawab anggota-anggota Kabinet, hal ini menunjukkan Liow juga bersalah dan melibatkan diri dalam keputusan tersebut!

Selanjutnya Stephen Wong mengecam Liow tidak berani menanggung tanggungjawabnya sebagai Anggota Kabinet, kerana sebagai anggota Kabinet, beliau seharusnya menanggung tanggungjawab untuk keputusan yang diluluskan dalam mesyuarat Kabinet dan bukanlah mengeluarkan kenyataan

 “Timbalan Menteri Pendidikan I tidak mewakili Kerajaan” yang amat menggelikan untuk mengelakkan tanggungjawab.

 Beliau mencabar Liow untuk mengkaji semula keputusan Kabinet pada 6hb November 2015 pada mesyuarat Kabinet yang akan datang dan menarik balik keputusan tersebut. YB Stephen

Wong berkata lagi bahawa kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan I bukan secara kenyataan peribadi yang naif, sebaliknya kenyataan Menteri Kamalanthan merupakan jawapan rasmi kerajaan yang diberikan di Dewan Parlimen yang suci ketika dipersoalkan oleh ahli parlimen.

Oleh itu, kata Liow bahawa kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan  tidak mewakili pendirian Kerajaan itu, sama ada jahil ataupun hanya mahu menipu rakyat sekali lagi.

Beliau menegaskan bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dibesar-besarkan bahawa membahayakan kedaulatan negara merupakan tuduhan yang sangat serius dan tidak masuk akal, yang telah menyakiti perasaan pelajar-pelajar UEC. Liow bukan sahaja tidak mampu memainkan peranan yang mempertahankan kepentingan pelajar UEC di dalam Kabinet, tetapi membiarkan keputusan yang begitu tidak munasabah diluluskan, Timbalan Menteri Pendidikan mewakili kementeriannya untuk melaporkan kepada Parlimen mengenai keputusan tersebut, kata Liow kenyataan tersebut tidak mewakili kerajaan? Jadi, akhirnya siapakah yang berbohong?

Beliau mengulangi bahawa pelajar tiada membelot kepentingan dan kedaulatan negara, tetapi terdapat ramai pelajar UEC yang bersinar di masyarakat antarabangsa dan memberi sumbangan penting kepada masyarakat dan negara.

Oleh itu, kenyataan kerajaan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi juga menunjukkan kerajaan yang semakin melampau dan MCA langsung tiada fungsi dan peranannya di Kabinet.

Stephen Wong menggesa MCA dan menteri-menterinya jangan menipu masyarakat Cina lagi, beliau mencabar kerajaan dan kabinet untuk menarik balik kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan dan mengkaji semula keputusan tersebut serta memohon maaf kepada semua pelajar yang mengambil UEC

No comments:

Post a Comment