BANGSA KADAZAN-DUSUN-MURUT DAN CINA ADALAH PENENTU PARTI DAP-PKR DAN AMANAH MENERAJUI KERAJAAN NEGERI-PERSEKUTUAN
Thursday April 14/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com
SABAH terkaya parti politik. Ada
23 parti dan yang baru 13 buah. Makna ini jelas "Pecah dan Perintah".
Sistem ini BN belajar dari orang putih dan kita kena faham.
Dulu
KDM/Cina kuasa zaman PBS dan khuatir itu berulang maka BN pecahkan KDM jadi
PBS, PBRS dan UPKO dan kesani KDM sukar bangun dan terus jadi khadam/budak
suruhan yang kehilangan taring. Lihatlah sekarang apa sudah jadi dengan bangsa
Kadazan-Murut dan Dusun.
HAKIKAT
sekarang di Malaysia hanya BN dan (Pakatan Harapan (PH) sahaja yang faktanya
bakal berjaya ubah kerajaan Malaysia jika mahu dan parti lokal hanya OMONG
KOSONG dan inilah hakikat jelas. Berani hujah fakta saya ini? sila!
BN
dan PH sahaja yang bakal tandingi 222 kerusi MP dan parti lain jelas FAKTAnya
tidak akan tanding 222 kerusi MP dan parti lokal di Sabah mungkin hanya
tandingi 25 MP dan itu belum tentu menang satupun nanti sebab PRU13 jelas ZERO.
Itu FAKTA bukan omong kosong.
Parti
lokal selalu mengatakan PH dan BN parti Malaya dan itu tidak benar sebab BN dan
PH sebenarnya PARTI NASIONAL bukan parti Malaya dan keduanya sahaja bakal
tandingi 222 kerusi itu.
Yang
bakal mengubah politik Malaysia hanyalah mereka yang menangi lebih 112 kerusi
MP dan jika gagal makna perjuangan mereka itu gagal total untuk perintah kuasai
WANG DISATUKAN dan lain2 dan buktinya PBS pari lokal menangi 2/3 DUN Sabah
tahun 1985 dan gagal menangi 25 kerusi MP dan kesannya apa jadi? Itu kita
sendiri tahu apa sudahnya. Tak payah saya cakap.
Ada
parti lokal kalangan 13 parti baru itu katakan PH itu Parti Malaya, PH khususnya
tidak perlu kacau kerusi-kerusi DUN dan
MP di Sabah dan itu kata mereka biarlah parti lokal tandingi dan parti Malaya
balik Malaya.
Memang
cantik bahasa itu dan katakan PH akur dan serah 60 kerusi DUN dan serah 25
kerusi MP ke parti lokal, tiba-tiba parti lokal menang dan kemudian bergabung
dengan BN kesan dikasih jawatan dan kesyokan duduki kerusi Menteri, maka
bukankah PH kena tipu bulat?
Keadaannya
sebelum perang PH yang sudah lama bertapak di Sabah dan sekarang lebih punya
lebih kurang 11 kerusi YB berputih mata dan duduk di depan pintu menyesal tak
sudah-sudah dan PH terutama PKR tidaklah sebodoh itu. Memang tidak sebodoh itu.
Lawan TATAP lawan meski mati. Ini slogan terbaik.
Saya
melihat sekarang ini kalangan parti lokal dan parti PH masih kekurangan
kepimpinan yang berwibawa kecuali seorang dua yang punya kemampuan dari segi
sokongan, kepercayaan, ketelusan dan punya sedikit dana untuk nanti dipilih
sebagai calon.
Memang
kepimpinan PH kena fikirkan pelbagai aspek agar PH/PKR itu nampak gak untuk
muncul sebagai pemimpin dan yang paling saya khuatiri dan ragu, bila mana
mereka dalam parti baik di perhubungan atau cabang tidak dipilih jadi calon
akan berdiam diri dan menyeberang jalan secara senyap menyokong calon BN kesan
dapat habuan. Nah, inilah yang saya khuatirkan dan mudah-mudahan ini bakal
tidak terjadi seperti di PRU13 lalu.
Apapun
saya sejak dulu hingga sekarang dan hingga bila2pun mahukan parti lokal ini
berkerjasama dengan PH dan duduk semeja runding sama dan dalam kepala harus
difikir soal masa depan rakyat/negara bangsa dan bukan mahu jadi YB.
Duduki
kerusi YB itu dikemudian dan kalau memang nasib kita bersyukurlah dan kalau
bukan nasib, maka teruskan perjuangan dan terbaik BN mesti dilawan "
Satu
Lawan Satu" bukan pecah seribu itu makna kita semua gigit jari dan BN
ketawa terbahak-bahak sebab kesan pecah dan perintah itu. Dari itu Cina
Kadazan-Dusun dan Murut harus bersatu hati tolak BN di Sabah.
Perlu
dingat wahai suku Kadazan-Dusun dan Murut
kamu saja yang dapat mengubah segala-galanya jika tiga bangsa ini
bersatu padu penyokong Pakatan harapan pada PRU14 nanti sebagai penentu hala
tuju parti PKR-Amanah dan DAP untuk menerajui kerajaan Negeri mahupun kerajaan
Federal.
Cukuplah
buat pengajaran pada PRU13 lalu di mana suku Kadazan-Dusun dan Murut yang
tinggal diluar Bandar bersatu hati hendak menumbangkan BN-UMNO akan tetapi amat
mengecewakan bila mereka dihambur oleh tangki-tangki biru –beras nasional 10kg
dan wang tunai RM100.00 terus berpaling tadah tidak lagi menyokong calun-calun
pembangkang namun sebaliknya mengudi kepada calun-calun BN.
No comments:
Post a Comment